Pelakon Sophia Albarakbah berterima kasih kepada orang ramai yang menegur dengan penampilan seksi ketika digayakan di sebuah majlis hiburan, baru-baru ini.
‘Saya akan lebih berhati-hati’
Ketika ditemui , Sophia bersyukur atas keprihatinan yang ditunjukan warganet terhadap dirinya.
Terima kasih kepada semua yang prihatin tentang penampilan saya. Doakan yang terbaik, saya akan lebih berhati-hati dalam memilih pakaian.
Jelas Sophia, 32, dia hanya menggayakan pakaian tajaan dan mengetahui tentang kecaman itu selepas diberitahu oleh kenalan rapat.
Sebenarnya saya tidak tahu apa-apa tentang isu ini sehinggalah seseorang memberitahu saya. Saya hanya menggayakan baju yang ditaja.
Sophia berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran butik Amber yang diadakan di Hotel Shangri La, Kuala Lumpur pada Sabtu.
‘Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang’
Dalam pada itu, pemilik nama Sharifah Sophia Syed Abdul Rahman akur kehidupan sebagai seorang ‘public figure’ sentiasa diperhati banyak mata.
Kita tidak boleh elak daripada kecaman orang, ia bukan sesuatu yang baru malah nanti akan ada lagi orang bercakap tentang saya.
Saya tahu sebagai public figure, kita perlu berdepan dengan kecaman-kecaman ini.
Saya tidak rasa saya sengaja cetuskan kontroversi, saya hidup macam biasa sahaja tetapi orang yang memilih untuk bercakap tentang saya.
Terdahulu, Sophia Albarakbah mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas penampilannya dikatakan terlalu seksi.
Menerusi hantaran MUA di Instagram, Sophia dilihat menggayakan busana hitam yang menampakkan lurahnya.