Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBersama-sama Memudahkan Hidup dengan Bantuan Suami – Diana Danielle

    Bersama-sama Memudahkan Hidup dengan Bantuan Suami – Diana Danielle

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    DD bantu suamiDD bantu suami

    Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle memberikan pandangannya berhubung isu isteri yang membantu suami dari kewangan.

    Ihsan seorang isteri

    DD bantu suamiDD bantu suami

    Isu tersebut menjadi perhatian ramai sejak kebelakangan ini terutama di platform X dan mendapat reaksi yang berbeza daripada warganet.

    Menerusi ciapannya, Diana atau nama sebenarnya Danielle Danny Beeson berpendapat bahawa tiada salahnya untuk isteri membantu suami. Bagaimanapun keputusan tersebut masih terletak di tangan isteri.

    Namun jika si isteri memilih untuk meringankan beban suami, sudah pasti akan ada balasan yang baik.

    Mudah sahaja sebenarnya, nak bantu..bantu. Tak nak sudah. Apa sahaja kita buat timbangan pahala dapat juga pada kita. Apa pasangan itu buat, itu timbangan dia.

    Sementara itu, ibu kepada dua orang anak ini menitipkan nasihat agar setiap pasangan suami isteri tidak berpandukan kisah pasangan lain dalam mengharungi bahtera rumah tangga mereka.

    Jangan sebab kita baca kisah orang lain, kita jadi keras hati sedangkan sebenarnya hidup kita dipermudahkan selama kita bantu suami dalam cara yang kita tak nampak.

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Diana dan menyifatkannya sebagai seorang wanita yang berfikiran matang.

    Setuju. Dulu sebelum kahwin tolong suami bayar separuh-separuh, sekarang rezeki dapat beli rumah sendiri dan suami bayarkan sebab dah stabil. Kita tolong masa dia terdesak apa salahnya.

    Pemikiran matang macam ni sama macam isteri, kadang rumah banyak nak cover yang mana ada kelompongan.

    Diana Danielle isteri yang baik sama seperti isteri aku, semoga kalian diberi balasan yang setimpal oleh Allah dan ganjaran syurga.

    The following two tabs change content below.

    ALSO READ:  [VIDEO] Danial Kifli Pernah Terdetik Nak Berhenti Menyanyi, Bawa Doa Ibu Ayah Untuk Terus Berjaya
    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts