Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Bersihnya Kulit”- Ini Magik Minum Teh Spearmint Setiap Hari Kena Tahu

    “Bersihnya Kulit”- Ini Magik Minum Teh Spearmint Setiap Hari Kena Tahu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Hah nak tahu satu lagi rahsia untuk kulit bersih bebas jerawat? Tular di media sosial, orang memperkatakan kebaikan minum teh spearmint. Rata-rata yang mengamalkan petua ini menjelaskan teh istimewa ini mampu membuatkan kulit mereka jadi lebih bersih. Malah sampai berkaca, kiranya kalau nak kecapi glass skin, amalkan minum teh ini.

    Selepas selidik tentang teh spearmint, ternyata banyak kebaikan jika dijadikan amalan harian. Salah satu untuk masalah jerawat hormon. Sesuai sangatlah buat para gadis yang sentiasa berdepan dengan jerawat setiap kali datang haid. Teh spearmint ini boleh membantu kamu menyelesaikan masalah tersebut.

    @beauethix.skin

    Jerawat hormon tak boleh bergantung kepada skincare je. Skincare bantu surutkan jerawat lebih cepat dan elak lagi meradang & sakit. Jaga makan sangat-sangat penting untuk mengawal jerawat hormon. 🥰 #beauethix #beauethixmoisturiser #beauethixbarrierrescue #hormonalacne #breakout #beauethixserum #blindpimples #jerawatbatu #acneproneskin #pendidikankulit #learnontiktok

    ♬ original sound – BeauEthix – BeauEthix

    Spearmint adalah herba pudina yang tinggi antioksidan. Ia boleh membantu mengimbangi hormon, menurunkan gula darah dan memperbaiki penghadaman, bahkan juga boleh mengurangkan tekanan dan meningkatkan daya ingatan.

    Bagaimana teh spearmint boleh menghilangkan jerawat?

    Dipetik dari Byrdie, kajian menjelaskan bahawa teh spearmint mempunyai sifat anti-androgenik, maksudnya ia boleh mengurangkan pengeluaran sebum. Hal ini baik untuk mereka yang mempunyai kulit berjerawat kerana sebum yang berlebihan boleh mengakibatkan pori-pori tersumbat, kulit berminyak, sehinggalah jerawat.

    Berapa lama masa yang diambil untuk teh spearmint membersihkan kulit?

    Kamu disyorkan untuk minum sekurang-kurangnya dua cawan teh setiap hari selama sekurang-kurangnya sebulan untuk melihat perubahan pada kulit kamu. Badan kamu akan mengambil masa sekurang-kurangnya 60-90 hari untuk membiasakannya dan menunjukkan hasil.

    ALSO READ:  [VIDEO] ‘Habis Mood Raya!’ – Zahid Dedah Duit Dalam Akaun Isteri Lesap RM4,250

    Ada kesan sampingan? Oleh kerana ia adalah pilihan yang selamat, kamu boleh mencubanya jika kamu bergelut dengan jerawat hormon. Tidak rugi untuk mencubanya kerana tiada kesan sampingan yang dilaporkan daripada meminum teh spearmint untuk jerawat ini.

    @dermguru

    I spill the 🍵 on #spearminttea for #hormonalacne #dermtok #acnetreatment #dermguru

    ♬ Roxanne – Instrumental – Califa Azul

    Teh spearmint adalah remedi semula jadi untuk mengurangkan jerawat hormon.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts