Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBersyukur Isteri Boleh Bantu Jadi ‘Pengurus Peribadi’, Shuib Bayar Gaji Watie Separuh...

    Bersyukur Isteri Boleh Bantu Jadi ‘Pengurus Peribadi’, Shuib Bayar Gaji Watie Separuh Daripada Pendapatannya

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Membentuk institusi keluarga yang hebat, harmoni dan sejahtera boleh direalisasikan melalui ikatan kukuh pasangan suami isteri dengan kedua-duanya perlu saling memainkan peranan dalam melaksanakan tanggungjawab itu.

    Kadangkala kesibukan dalam rutin harian seorang wanita menyebabkan dia tidak sempat menjamah makanan.

    Namun demi kasih dan tanggungjawab, ramai wanita tetap berdiri teguh dan melupakan segala kepenatan dirasai demi memastikan kebahagiaan hidup berkeluarga dapat dikecapi.

    Tidak keseorangan, pelawak dan ahli perniagaan Shuib bersyukur dikurniakan isteri yang banyak membantu menguruskan dirinya sepanjang tempoh ketiadaan pengurus peribadi ketika ini.

    Shuib atau nama penuhnya Shahmira Muhammad, 40, berkata, bukan mudah mencari pengganti bagi mengisi kekosongan jawatan pengurus peribadi yang dahulunya digalas Shafif Sharip memandangkan dia seorang yang cerewet.

    “Saya mungkin cerewet mencari siapa yang nak menjaga saya sebab saya ini jenis yang pening juga hendak dijaga.

    “Namun, setakat ini syukur ada Watie, dia boleh memandu, mengemas beg dan menjaga semua aspek. Dia bolehlah tolong sedikit-sebanyak,” katanya.

    Ditanya mengenai jumlah gaji yang akan dibayar kepada Watie, Shuib berkata, separuh pendapatannya adalah milik isterinya itu.

    Dalam masa sama Shuib memberitahu, bekas pengurus peribadinya, Shafiq sudah mempunyai perancangan hidup sendiri apabila memutuskan untuk berhenti kerja.

    “Saya mahu Shafiq menjadi orang yang hebat malah dia pun sudah ada perancangan hidup sendiri,” ujarnya.

    Sementara itu, Watie atau nama penuhnya Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 36, sempat menyampuk bahawa dia bukan sahaja boleh membantu sebagai pengurus buat sementara waktu malah akan menjaga suaminya itu buat selama-lamanya.

    Pada Disember lalu, Shuib memaklumkan Shafiq memilih untuk menamatkan khidmat sebagai pengurus peribadi selepas lima tahun bekerja dan menguruskan hal kerjaya seninya.

    ALSO READ:  Rahsia Watie Hanifiah Dapat Pasangan Idaman, Kena Rajin Amal Barulah ‘Sangkut’

    Terdahulu, Shuib mendirikan rumah tangga dengan Watie pada 23 Jun lalu selepas hampir dua tahun menduda.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts