Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBersyukur Termakbulnya Hasrat Yang Sekian Lama Terpendam, Nasha Aziz Sebak Dijemput Ke...

    Bersyukur Termakbulnya Hasrat Yang Sekian Lama Terpendam, Nasha Aziz Sebak Dijemput Ke Tanah Suci

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Apabila sampai seruan untuk menjadi tetamu Allah SWT di Tanah Suci sama ada bagi mengerjakan umrah atau haji, tunaikanlah tuntutan itu kerana Insya Allah dengan izin-Nya, semua urusan serta perancangan berjalan lancar.

    Siapa yang tidak teringin menjejakkan kaki ke Tanah Suci, namun soal perbelanjaan dan kos ke sana kerap menjadi persoalan utama. Ada berpendapat, jika sampai seru tetapi duit tidak mencukupi pun tidak akan terlaksana hasrat itu.

    Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Nasha Aziz memaklumkan bakal mengerjakan ibadah umrah dan akan berada di Tanah Suci selama sebulan, penghujung tahun ini.

    Bakal berangkat seorang diri, Nasha menyifatkan termakbulnya hasrat yang sekian lama terpendam sebagai satu hikmah di sebalik pelbagai ujian dihadapi sebelum ini.

    “Ini adalah salah satu doa saya yang Allah dengar. Doa ini saya sudah panjatkan sebaik sahaja selesai menjalani penggambaran drama rantaian tahun lalu.

    “Sepatutnya kos menunaikan umrah adalah baki bayaran lakonan drama yang masih belum dijelaskan. Malah, penerbit drama juga berjanji akan bantu urusan tempahan.

    “Walaupun kos pemergian saya ini bukan daripada baki bayaran yang masih belum dijelaskan, tapi Allah beri rezeki lain yang membolehkan saya menunaikan impian ini.

    “Insya-Allah, saya akan berangkat ke Tanah Suci pada 26 Disember ini selepas penggambaran telefilem yang dijayakan ketika ini selesai.

    Jelasnya, sepanjang bergiat aktif dalam bidang peragaan dan juga menjadi anak wayang, ini adalah kali pertama menggunakan wang daripada hasil titik peluhnya untuk bercuti ke luar negara.

    “Sepanjang menjadi model dan anak seni, saya tidak pernah membelanjakan pendapatan yang diperoleh untuk pergi bercuti ke luar negara. Sebaliknya, saya gunakannya untuk tunaikan tanggungjawab terhadap keluarga, diri sendiri dan apa sahaja yang sepatutnya.

    “Saya juga pernah berjanji dengan diri sendiri, jika saya dapat satu tawaran besar, percutian pertama saya untuk terapi diri, saya mahu ke Makkah.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts