Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBertahun-Tahun Hidap Gangguan Bipolar Jejas Mental, Marshanda ‘Terpaksa’ Berjumpa Bomoh Sebagai Rawatan...

    Bertahun-Tahun Hidap Gangguan Bipolar Jejas Mental, Marshanda ‘Terpaksa’ Berjumpa Bomoh Sebagai Rawatan Alternatif

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bipolar adalah gangguan tersembunyi yang biasanya menjadi ancaman dalaman pada diri seseorang walaupun kadangkala fizikalnya kelihatan sihat.

    Minda bercelaru, fikiran tidak tenang dan gusar untuk menguruskan diri antara simptom yang lazim dihadapi oleh penghidapnya.

    Sedar atau tidak, masih ramai yang tidak cakna akan masalah mental ini, bahkan ramai yang beranggapan ia bukanlah ‘bebanan’ yang perlu dikhuatiri.

    Melihat dari segi fizikal, banyak stigma menganggap, penghidap bipolar hanyalah individu yang kelihatan sangat pelik hingga pelbagai tohmahan dilemparkan.

    Akibatnya boleh berlaku perubahan emosi yang drastik sama ada terlalu sedih mahupun sebaliknya. Lebih membimbangkan, ia boleh menjadi lebih parah apabila individu tersebut gagal mengawal perubahan dirinya sendiri.

    Sebagai contoh, bertahun-tahun menghidap gangguan bipolar sehingga perlu mengambil ubat secara berjadual, penyanyi dan pelakon Marshanda Indonesia mengakui menjalani kehidupan sukar sebelum didiagnosis.

    Katanya, keadaan mental yang tidak stabil tanpa mengetahui apa punca sebenar membuatkan keluarganya turut terkena impak.

    Pelbagai cara dilakukan bagi mengembalikan semula kesihatannya yang sering berubah emosi tanpa mengira masa dan kerap berkurung dalam bilik.

    Dedah pemilik nama penuh Andriani Marshanda, 34, itu keluarga pernah membawanya menjalani rawatan tradisional serta ke pusat perubatan Islam untuk menyembuhkan penyakitnya.

    “Keluarga sangat bimbang melihat keadaan saya, sebelum ke hospital mereka terlebih dahulu menghantar saya menjalani rawatan alternatif.

    “Mereka risau apabila saya seolah-olah menjadi orang lain berikutan perubahan tingkah lalu. Lantas saya diruqyah kerana takut ada elemen lain mengganggu,” katanya.

    Ibu tunggal anak satu itu kini masih mengambil ubat-ubatan bagi menyeimbangkan emosinya dan reda dengan situasi dilalui.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts