Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBeto Kusyairy Diminta Netizen Kongsi Tip Kekal Bahagia, Ini Responnya!

    Beto Kusyairy Diminta Netizen Kongsi Tip Kekal Bahagia, Ini Responnya!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkongsian aktor terkenal, Beto Kusyairy buat isterinya sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-16 tahun baru-baru ini mencuri perhatian peminat di media sosial.

    Menurut Beto menerusi video yang dimuatnaik di TikTok, dia dan isteri tidak meraikan anniversary mereka kerana genap setahun bapa mentuanya telah meninggal dunia pada sehari sebelum ulangtahun perkahwinan mereka.

    “16 tahun bersama cuma tahun ini kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulangtahun perkahwinan kami.”-kapsyen Beto di TikTok

    @beto_kusyairy

    16 tahun bersama cuma tahun ni kami tak meraikan dek genap setahun kembalinya Papa ke tanah abadi sehari sebelum ulangtahun tarikh pernikahan kami. Happy Anniversary sayang.. I know it’s hard for you. You lost your twin sister 19 years ago & now it’s your first year of loosing your first love. One thing for sure, I will always be by your side with love, care & of course as your sunshine.. 🌞♥️ Ps: Video ni diambil berberapa hari lepas sewaktu jetty tour di Pulau Tuba..sesambil recce tanah tepi laut untuk kami settle down & bersara. Ada orang lokal yang nak jual murah2 tak? YANG PENTING MENGADAP LAUT & PULAU2 KECIK, TENANG & TAK SIBUK. Tak salah berangan kan?

    ♬ Bahagiaku Sederhana – Jamik Jams & Feat Rangga & Ayena Prowind

    Netizen Kagum!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan sikap Beto sebagai seorang suami yang sangat setia, serta ada yang sempat bertanyakan kepada pelakon ini petua untuk kekal bahagia dalam rumah tangga.

    “Tapi Siapalah Saya Untuk Menasihati..”

    Beto dilihat membalas salah satu komen netizen berkenaan dengan menyatakan bahawa petua dirinya untuk kekal bahagia bersama isteri adalah mencipta kebahagiaan, bukannya mencari.

    “Cipta..Bukan mencari 😊. Tapi siapalah saya untuk menasihati.”-balas Beto Kusyairy

    Sekadar info, Beto Kusyairy mendirikan rumah tangga bersama isteri tersayang, Tisha Sahar pada Februari 2008. Namun pasangan ini masih belum dikurniakan rezeki untuk memiliki cahaya mata.

    Sama-sama kita doakan agar pasangan ini akan diberikan rezeki cahaya mata kelak, Aaminn..

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts