Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Betul Cakap Ayah Saya, Orang Melayu Suka Dengki”- Rimas Dituduh ‘Sakit’, Fathia...

    “Betul Cakap Ayah Saya, Orang Melayu Suka Dengki”- Rimas Dituduh ‘Sakit’, Fathia Latiff Serabut Keluarga Asyik Dimalukan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Sebagai seorang anak, ada beberapa hal yang wajib dilakukan buat ibu bapa. Salah satunya adalah menjaga nama baik orangtua dan keluarga.

    Ini menjadi tangungjawab yang harus dijaga demi melindungi martabat dan harga diri seluruh anggota keluarga.

    Maka dari itu, penting bagi seorang anak untuk mengetahui hal-hal apa saja yang perlu dilakukan untuk menjalankan tanggungjawab tersebut.

    Bercakap soal ini, baru-baru ini pelakon sensasi, Fathia Latiff berang apabila dituduh sakit oleh sesetengah netizen susulan beberapa kenyataan yang dikeluarkannya sebelum ini.

    Fathia atau nama sebenarnya, Nur Fathia Abdul Latiff berkata, dia boleh mengambil tindakan undang-undang kepada individu yang menuduhnya sakit namun dia enggan berbuat demikian.

    “Kepada peminat, keluarga, pengikut, ‘stalkers’ dan homophobia, saya sudah penat dengan mereka yang terus menuduh saya sakit… Saya tidak sakit.

    “Kalau ikutkan, saya boleh ambil tindakan terhadap mereka yang tidak henti-henti menuduh saya sakit. Tetapi, tiada keperluan untuk saya berbuat demikian kerana ada banyak lagi perkara lain yang lebih berfaedah boleh dibuat.

    Menurut Fathia, dia memohon orang luar untuk tidak mencampuri urusan peribadi atau menentukan apa yang terbaik untuk dirinya.

    “Jalan hidup ini saya yang pilih. Tak kisahlah apapun status saya, sama ada selebriti, pengemis atau jutawan. Buruk atau baik, itu semua tidak ada kena mengena dengan anda.

    Dalam hantaran sama, Fathia sempat memberi teguran kepada warganet supaya tidak menjaga tepi kain orang lain, sebaliknya menjaga keluarga masing-masing.

    “Berhenti menyalahkan orang lain. Sila cermin diri sendiri dan jaga keluarga anda. Cukup-cukuplah… Betul cakap ayah saya, orang Melayu suka dengki, fikir bukan-bukan dan rasa diri sentiasa betul.

    “Semua ini amat menyedihkan saya,” tulisnya lagi.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts