Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBetul Ke Kalau Malam-Malam Ketap Gigi Maksudnya Ada Saka? Sains Pula Kata…

    Betul Ke Kalau Malam-Malam Ketap Gigi Maksudnya Ada Saka? Sains Pula Kata…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Dulu-dulu kalau orang tua dengar ada yang tidur sambil mengetap gigi, mereka akan kaitkannya dengan kerasukan saka. Menurut kamu sendiri, adakah tabiat ini melibatkan hal mistik?

    Kalau dari sudut sains pula lain maksudnya bila ada orang tidur sambil mengetap gigi. Nak tahu apakah penyebabnya, baca perkongsian doktor gigi ini di bawah;

    Doktor Gigi Kongsi Kenapa Ketap Gigi Terjadi

    Kongsi thread di Twitter, doktor gigi iaitu Dr. Wani mendedahkan tabiat ketap gigi atau bruxism adalah perbuatan menggesel permukaan gigi atas dan bawah.

    Foto – Pinterest

    Tabiat ini boleh berlaku semasa seseorang sedang tidur atau dalam keadaan yang sedar. Malah mereka yang mempunyai masalah bruxism ini berkemungkinan dan tidak mengalami sebarang simptom.

    Apakah Punca Ketap Gigi Kerap Berlaku?

    Berdasarkan kajian yang dilakukan, tabiat mengetap gigi ketika tidur mempunyai perkaitan dengan genetik sebanyak 20% sehingga 50%. Tetapi ada beberapa punca lain yang menyebabkan tabiat ini berlaku seperti:

    Angry The Simpsons GIF - Find & Share on GIPHY

    via GIPHY

    • Tekanan emosi seperti ketakutan, stress, marah dan kecewa
    • Kepribadian seseorang seperti agresif, kompetitif dan hiperaktif
    • Sleep apnea iaitu masalah nafas terhenti sebentar ketika tidur
    • Perubahan hormon
    • Susunan gigi yang tidak betul
    • Celebral palsy
    • Kedudukan tidur yang tidak betul

    Ketap Gigi Waktu Tidur & Sedar, Ada Ke? 

    Info untuk kamu selain terjadi pada waktu tidur, ketap gigi ini boleh terjadi pada siang hari juga tetapi dalam keadaan yang sedar dan tidak.

    #1 Day Time Bruxism 

    Foto – Pinterest

    TambahDr. Waniday time bruxism atau ketap gigi pada waktu siang boleh terjadi sama ada individu itu sedar atau tidak akan perbuatannya. Bagi kes ini, kebiasaannya individu itu memiliki habit parafunctional lain seperti menggigit kuku, pensel, lidah atau pipi.

    ALSO READ:  [VIDEO] Nurul Shuhada Bimbang Pilih Pasangan Sebab Anak-Anak Trauma & Tak Setuju Kahwin

    #2 Nocturnal Bruxism

    Manakala nocturnal bruxism pula terjadi ketika tidur iaitu keadaan yang tak sedar. Bila situasi ini terjadi, individu tersebut boleh mengalami beberapa masalah yang boleh menjejaskan struktur gigi seperti:

    Stress Grinding GIF - Find & Share on GIPHY

    via GIPHY

    • Permukaan gigi menjadi haus
    • Gigi menjadi lebih sensitif, ngilu ketika minum air sejuk
    • Sakit telinga dan rahang menjadi lenguh
    • Tampalan gigi menjadi rosak atau patah
    • Kerap sakit kepala waktu siang

    Apa Perlu Buat Kalau Tabiat Ini Jadi Teruk? 

    Bila ada orang yang menegur kamu tentang masalah tabiat ini, sudah semestinya kamu perlu segera lakukan temu janji dengan doktor. Antara rawatan yang akan disyorkan adalah;

    Foto – Pinterest
    1. Occlusal splint untuk pisahkan rahang atas dan bawah daripada kerosakan gigi. Boleh lakukan di klinik atau hospital kerana custom made mengikut bentuk gigi.
    2. Terapi atau cara menguruskan tekanan dalam kehidupan seharian.
    3. Rawat kerosakan gigi seperti gigi haus, tampalan atau tooth reshaping.

    Jangan pula kamu ingat tabiat ketap gigi ini mempunyai kaitan dengan saka, tetapi cepat-cepat dapatkan rawatan okay!




    Credit: Kesihatan – Murai MY

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts