Spekulasi mengenai keretakan rumah tangga pelakon, Baim Wong akhirnya terjawab apabila aktor itu dilaporkan memfailkan cerai terhadap isterinya, Paula Verhoeven.
Baim Wong failkan cerai
Memetik laporan CNN Indonesia, Baim atau nama lengkapnya Muhammad Ibrahim bin Johnny Djaelani telah memfailkan perceraian tersebut di Pengadilan Agama (PA) Jakarta Selatan, pada Isnin.
Betul, ya.
Walau bagaimanapun, Baim enggan mengulas lebih lanjut berhubung perkara tersebut sebaliknya menyerahkan segalanya kepada peguam.
Menurut wakil Pengadilan Agama (PA), Baim turut meminta hak asuhan anak.
Pemohon memohon untuk diberikan izin melafazkan talak kepada isterinya. Pemohon juga meminta untuk menjadi pengasuh anak dari termohon.
Difahamkan, berita perceraian itu diperolehi melalui hasil semakan di sistem Informasi Penelusiran Perkara (SIPP) PA Jaksel.
Tetapi kini, maklumat tersebut sudah tiada lagi di laman resmi SIPP PA Jakarta Selatan.
Terdahulu, desas-desus mengenai rumah tangga pasangan ini mula tercetus apabila masing-masing tidak lagi berkongsi foto bersama di media sosial selain tidak hadir ke majlis keramaian bersama.
Namun Baim dan Paula hanya mengunci mulut dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung khabar angin tersebut.
Untuk info, Baim Wong dan Paula Verhoeven menikah pada 22 November 2018. Mereka dikurniakan dua anak lelaki bernama Kiano Tiger Wong dan Kenzo Eldrago Wong.