Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBidin Al Zaifa Pegang Tanggungjawab Bawa Watak Utama Filem Seram, Beri Penjelasan...

    Bidin Al Zaifa Pegang Tanggungjawab Bawa Watak Utama Filem Seram, Beri Penjelasan ‘Sidai’ Penonton WaknatTV

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Youtuber dan pempengaruh, Bidin Al Zaifa semakin menerima banyak peluang berlakon dan baru-baru ini ditawarkan sebagai peranan utama untuk sebuah filem seram, Dajal.

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Bidin WaknatTV Shoot Travelog Tanpa Topek? Apa Sudah Jadi?

    Artikel berkaitan: [VIDEO] Bidin Waknat TV Kongsi Rahsia Mencari Kedai Makan Best Di Terengganu!

    Pegang watak utama

    Menurut Bidin, dia tidak menolak untuk menjadi seorang pelakon memandangkan dia memahami kehendak sesuatu karakter dan cara bekerja di belakang tabir.

    Kenapa tidak? Sebab berlakon ni kalau kita faham apakah itu lakonan, macam mana nak berdialog dan cara kamera bekerja dah boleh berlakon lah tu.

    Mengulas lanjut tentang penggambaran filem Dajal yang bakal berlangsung 16 Julai ini, Bidin akui memegang tanggungjawab yang besar malah berbesar hati dapat bekerjasama dengan pengarah, Pierre Andre.

    Buat pertama kali saya memegang watak yang banyak ‘scene’. Ia merupakan satu tanggungjawab besar dan fasa kehidupan yang baru. Saya ambil watak ini juga disebabkan pengarah yang berkaliber mengajak untuk berlakon dalam filem beliau.

    Saya punya pembawakan karakter itu sangat penting jadi saya akan buat yang terbaik.

    Bidin berkata demikian semasa ditemui di majlis doa selamat filem Dajal yang diadakan di Metrowealth, Petaling Jaya, baru-baru ini.

    Tetap utamakan WaknatTV

    Meskipun sibuk dengan berlakon dan mengacara, Bidin tetap mengutamakan rancangan Youtube miliknya iaitu WaknatTV.

    Memang bersepah je kecuali Youtube. Perancangan selepas ini saya akan muat naik satu content setiap bulan sebab dah ada pasukan yang agak laju.

    Disoal tentang video yang mengambil masa lama untuk dimuat naik di Youtube, Bidin menjelaskan dia sangat menitikberatkan kualiti sesebuah kandungan.

    Ada editor cuma saya akan periksa kualiti. Dinamik dan ‘flow’. Sama macam buat filem. Bila dah okey baru dimuat naik.

    Kena faham ‘raw footage’ tu berjam-jam, berpuluh-puluh jam nak pendekkan ke 45 minit itu bukan sesuatu perkara yang senang.

    ALSO READ:  Ejen Ali The Movie 2 Dikuasakan Oleh TNB, Memacu Tenaga Baharu Bersama Teaser Unggul & Kolaborasi Eksklusif

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts