Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBIG BAD WOLF, Pesta Buku Kembali Lagi Di Tropicana Gardens Mall!

    BIG BAD WOLF, Pesta Buku Kembali Lagi Di Tropicana Gardens Mall!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pesta buku yang sangat dinantikan kembali lagi iaitu ‘Big Bad Wolf Book Sale‘. Kini berlangsung di Tropicana Gardens Mall, bermula pada 7 Disember 2023 hingga 23 Disember 2023 yang dibuka dari pukul 10 pagi hingga tengah malam!.

    Big Bad Wolf Books adalah inisiatif yang diberikan kepada rakyat Malaysia untuk memupuk minat membaca terutamanya dalam kalangan generasi baru. Selain itu, pesta buku ini juga menjadi platform untuk pembeli berkongsi buku yang dibeli dengan individu lain ataupun bersama ahli keluarga untuk menikmati pengalaman membaca yang sebenar.

    ‘Terdapat Lebih 1 Juta Naskah Buku”

    Pesta buku Big Bad Wolf kali ini, menyediakan lebih daripada 1 juta naskah buku daripada pelbagai genre untuk pelbagai peringkat usia. Tertumpu di Tropicana Gardens Mall untuk memudahkan pelanggan menggunakan pengangkutan awam MRT Surian Stesen.

    Tambahan Pula, pesta buku di Tropicana Gardens Mall mempunyai 3 tingkat dan setiap tingkatnya terdapat buku dan genre yang berbeza. Pada tingkat bawah terdapat buku-buku dan novel fiksyen serta untuk kanak-kanak bukan hanya buku, tetapi terdapat pelbagai set aktiviti yang boleh dibeli di situ. Pada tingkat tengah pula terdapat buku seperti novel bahasa melayu, keagamaan, masakan, graphic design, fesyen design dan lain-lain. Manakala tingkat atas pula adalah untuk penggemar komik.

    Big Bad Wolf juga berkolaborasi dengan lebih 50 pengeluar buku tempatan di Malaysia serta menawarkan diskaun yang tinggi dari 50% sehingga 90%. Pelanggan juga berpeluang memiliki buku dengan harga serendah RM3.

    Selain itu, jangan lepaskan peluang untuk membawa anak-anak, rakan-rakan serta keluarga untuk menghadiri pesta buku kali ini.


    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts