Pelakon veteran Bollywood, Jaya Bachchan terkenal dengan gelaran ibu yang menyayangi dan sangat melindungi anak-anaknya iaitu Abishek Bachchan dan Shweta Bachchan.
Disebabkan oleh sikap terlalu melindunginya itu, ramai yang menganggap Jaya sebagai ibu dan wanita yang agak tegas serta garang.
Terdahulu, menerusi temu bual dengan Simi Garewal untuk rancangannya ‘Rendezvous dengan Simi Garewal’, Amitabh Bachchan diminta untuk menilai diri Jaya sebagai ibu.
Pelakon itu memberikan Jaya 7 daripada 10 (7/10) ketika menilainya sebagai seorang ibu. Melihatkan penilaian Amitabh itu, Simi bertanya kepadanya apa yang menyebabkan Jaya dinilai sebanyak itu.
Menjawab pertanyaan Simi, Amitabh mengatakan isterinya itu tidak mempunyai kesabaran dalam menjalani tugasnya sebagai ibu dan isteri.
“Saya fikir dia tidak mempunyai kesabaran dalam diri dan dia sendiri akui di mana dia sangat cepat dan tak sabar untuk meneruskan kehidupan.”
Membalas pernyataan Amitabh, Jaya mendedahkan tugasnya sebagai ibu agak meletihkan tetapi dia hanya perlu bertahan sehingga anak-anaknya berusia tiga tahun.
Apa pendapat kamu?