Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Wednesday, November 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bila Baca Skrip Sheriff & Tengok Scene Yang Pertama, Saya Dah Rasa...

    ‘Bila Baca Skrip Sheriff & Tengok Scene Yang Pertama, Saya Dah Rasa Goosebump’ – Syafiq Kyle 

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    syafiqsyafiq

    Masih di minggu pertama tayangan, namun kutipan bagi filem Sheriff: Narko Integriti sudah menghampiri RM17 juta dengan sambutan yang luar biasa oleh penonton tempatan.

    Setiap watak adalah penting

    syafiq 243syafiq 243

    Pelakon utama filem ini, Syafiq Kyle menyifatkan naskah tersebut merupakan antara karya terbaik yang dihasilkan oleh pengarah, Syafiq Yusof kerana berani mengetengahkan sisi gelap segelintir anggota polis.

    Walaupun pada awalnya Syafiq kurang yakin dengan watak kepolisian yang diberikan namun pandanganya berubah selepas membaca skrip filem tersebut.

    Sebelum ini saya agak skeptikal apabila ditawarkan oleh pengarah kerana sudah melakukan filem Polis Evo. Tetapi apabila saya baca skrip dan tengok scene yang pertama, saya dah rasa goosebump. Maknanya Syafiq nak lakukan sesuatu yang berbeza.

    Antara salah satu sebab saya terima tawaran watak ini adalah kerana mesejnya kuat. Walaupun apa pun yang kita cuba tegakkan, undang-undang adalah perkara utama.

    Bercerita lanjut, Syafiq atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata setiap watak memainkan peranan penting untuk membawa impak yang baik kepada filem sekaligus menafikan karakternya telah menenggelamkan watak utama.

    ‘Meth Killer’ adalah tunjang utama untuk cerita ini dengan membawa motto, matlamat tidak menghalalkan cara. Jadi setiap plot di dalam skrip yang ditulis ada sebabnya yang tersendiri.

    Syafiq berkata demikian ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem tersebut yang berlangsung di GSC Mid Valley, Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Dalam pada itu, aktor berusia 31 tahun ini akui gementar ketika digabungkan dengan Zul Ariffin dan Datuk Aaron Aziz.

    Saya nervous nak berlakon dengan Zul Ariffin dan Aaron Aziz, sebab saya baru ada beberapa buah filem dan mereka sangat berpengalaman. Alhamdulillah, saya senang bekerja dengan Zul dan kami pun ada banyak babak bersama. Dengan Aaron pula kena bermain emosi dan ambil masa tiga hari untuk fighting scene kami.

    Kebanyakkan babak aksi saya buat sendiri tapi ada juga yang dibantu oleh stuntman.

    Filem Sheriff merupakan hasil karya terbaharu pengarah terkenal Syafiq Yusof yang turut membariskan pelakon-pelakon hebat antaranya Zul Ariffin, Datuk Aaron Aziz, Azira Shafinaz dan Elizabeth Tan.

    ALSO READ:  ‘Nak Ada Lagi Sorang Kena Terus Kahwin’ – Tak Mahu Suami Berlaku Curang, Tom Bagi ‘Lesen’ Fuad Rahman Beristeri Dua

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts