Kecoh di media sosial baru-baru ini apabila belakunya kejadian pukul memukul seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) di tapak jualan pasar tani di Chukai, Kemaman, Terengganu.
Melanggar Gerai Jualan
Dalam kejadian itu, mangsa lelaki OKU yang menunggang motosikal dikatakan melanggar sebuah gerai jualan di situ kira-kira jam 9.30 pagi.
Pelanggaran menyebabkan barangan jualan seorang peniaga tumpah dan terjatuh sebelum mangsa dipukul beberapa lelaki sehingga cedera.
Mangsa yang juga OKU ketidakupayaan mental dibawa ke Hospital Kemaman dan dirawat sebagai pesakit luar.
Dalam pada itu, polis juga turut menahan tiga lelaki untuk siasatan dan mereka yang ditahan berusia antara 18 hingga 60 tahun dan kes disiasat mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
Baby Shima Turut Persoalkan Kelantangan Bersuara
Atas kejadian tersebut, penyanyi Baby Shima turut memberikan pandangannya mengenai isu yang terjadi ini.
Dalam Instagram miliknya, Baby Shima seolah-olah memerli kehebatan warga Pasar Tani Padang Astaka kerana hanya melihat sahaja kejadian pukul memukul tersebut berlaku di depan mata.
Hebat ye orang Pasar Tani Padang Astaka Chukai Kemaman.
Pukul ORANG KURANG UPAYA (OKU)tak ada sorang pun yang bantu, hanya melihat dan merakam SAHAJA!!
tak boleh ke lebih manusiawi bukan setakat melaung slogan islam sahaja?
Bila bersuara soal agama begitu lantang, kenapa bila berlaku di depan mata tidak sebegitu??
Malah Baby Shima juga turut mempersoalkan kenapa ada sesetengah pihak hanya lantang melaungkan slogan Islam, tetapi tidak bertindak sewajarnya bila melihat perkara seperti pukul memukul ini berlaku di depan mata.
Di ruangan komen, ramai yang bersependapat dengan apa yang dinyatakan oleh Baby Shima tersebut.