Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, December 24, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bila Dah Dewasa Baru Tahu Betapa Toksiknya Kuch Kuch Hota Hai’- Isu...

    ‘Bila Dah Dewasa Baru Tahu Betapa Toksiknya Kuch Kuch Hota Hai’- Isu Anjali Pegang Sunquick Jadi Perbincangan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Filem Kuch Kuch Hota Hai yang ikonik dan popular sepanjang zaman sering dikenang sebagai kisah cinta yang menyentuh hati. Namun, di sebalik popularitinya, filem ini juga tidak terlepas daripada kritikan dan kontroversi. Salah satu isu yang dibangkitkan oleh peminat filem Bollywood adalah unsur-unsur toksik yang wujud dalam naratif filem tersebut.

    Dalam filem ini, watak Anjali yang dimainkan oleh Kajol adalah salah satu elemen yang sering menjadi bahan perbincangan. Ramai penonton tidak menyedari satu adegan di mana Anjali menawarkan air jus kepada Rahul, yang dimainkan oleh Shah Rukh Khan, dan menunjukkan sebotol Sunquick. Dalam adegan itu, jelas kelihatan bahawa Anjali tidak tahu bahawa air jus Sunquick perlu dibancuh terlebih dahulu sebelum diminum.

    YouTube videoYouTube video

    Kekurangan pengetahuan ini telah mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan peminat. Ada yang berpendapat bahawa adegan ini memberi petanda bahawa Anjali seorang yang bebal atau kurang bijak. Kritikan ini semakin diperkuatkan dengan keputusan Rahul yang akhirnya menolak cintanya terhadap Anjali dan memilih Tina, yang dimainkan oleh Rani Mukerji.

    Hal ini telah dikongsikan oleh laman Facebook peminat filem Bollywood iaitu Laparp.

    “Bila dah dewasa ni baru kita tau betapa toxicnya cerita Kuch Kuch Hota Hai. Rahul takkan kahwin dengan Anjali if Tina still hidup. So Rahul kahwin dengan Anjali pun sebab anak dia and ex wife dia. Jadinya bukan sebab cinta at the very first place. Anjali pulak sanggup tinggalkan Aman untuk kahwin dengan lelaki yg pernah reject dia.


    “Anjali offer sunquick sebotol kat Rahul “Rahul juice rahul”, sekarang kita tau kenapa Rahul reject dia. Sunquick tu bancuh dulu Anjali.”

    Stereotaip dan Persepsi Toksik

    Isu ini membuka ruang perbincangan yang lebih luas tentang stereotaip dan persepsi toksik dalam filem Bollywood. Watak Anjali digambarkan sebagai seorang gadis tomboy yang ceria dan setia kawan, tetapi akhirnya diketepikan kerana dianggap kurang sesuai sebagai pasangan hidup. Sebaliknya, watak Tina digambarkan sebagai lebih anggun dan feminin, yang kononnya lebih layak untuk disukai oleh hero utama. Ini antara komen-komen netizen.

    “Ini namanya kebodohan bagi minum jus oren pekat mahu sakittekak, patutlah Aman tu sanggup lepas ke Rahul walau dah prepare pelamin beribu habis sebab dia dah tau si Anjayle ni x reti bancuh sunquek,”- tulis netizen

    “Ni baru the real term “Pekatnya bodoh dia!”- tulis netizen lain

    Akhirnya, kritikan ini bukanlah untuk menghapuskan nilai nostalgia yang dimiliki oleh filem ini, tetapi untuk menggalakkan perbincangan  mengenai mesej yang disampaikan melalui filem dan bagaimana ia boleh diperbaiki di masa hadapan.

    Apa komen anda?

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts