Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBila Dapat Suami Kaki Curang & Miang, Si Isteri Tanganinya Dengan 5...

    Bila Dapat Suami Kaki Curang & Miang, Si Isteri Tanganinya Dengan 5 Langkah Berikut…

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    “Eh, aku ternampak suami kau keluar dengan kawan kita, Linda baru-baru ni. Siap mesra-mesra macam pasangan bercinta lagi.”

    #1 Jangan terlampau mengikut emosi 

    Foto – Pinterest

    Terlampau mengikut emosi boleh mengakibatkan kamu tidak dapat berfikir waras dan melakukan keputusan yang memberi kesan buruk dalam jangka masa yang panjang terutamanya pada anak-anak.

    #2 Selidik dan dapatkan bukti terlebih dahulu

    Sekiranya kamu tanya pada suami dan dia tidak mengaku akan perbuatannya, tidak mengapa. Kamu boleh selidik dan kumpul bukti secukupnya untuk buktikan suami kamu bersalah.

    Jika ketika ini dia mula pukul kerana marah kamu bertanya tentang soal curangnya, segera pergi ke klinik dan dapatkan rawatan supaya ada rekod. Jika mahu bercerai atau membuat tuntutan, rekod tersebut boleh membantu.

    #3 Jangan serang atau merayu pada pihak ketiga 

    Kebanyakan isteri-isteri bila tahu suami sudah curang, ramai yang akan mula mencari orang ketiga untuk menyerangnya atau merayu supaya tinggalkan suami.

    Foto – Pinterest

    Jangan sesekali melakukan perkara ini okay! Kalau kamu nak tahu bila kamu menyerang pihak ketiga, kamu akan nampak lebih jahat di mata suami. Jadi susahlah untuk menyelamatkan perkahwinan kamu.

    #4 Ambil masa untuk bertenang dengan situasi ini 

    Memang sakit hati dan sebagainya tapi isteri perlu tahu pada waktu kritikal ini, kamu perlu bertenang terlebih dahulu. Bukan apa jika buat sesuatu yang melulu, kamu akan menyesal akhirnya. Ambil tindakan yang sewajarnya bila hati dan fikiran sudah tenang okay?

    #5 Dapatkan sokongan dan nasihat daripada profesional

    Sekiranya situasi ini menjadi lebih rumit dan suami tidak beri kerjasama untuk selesaikan dengan baik, kamu perlu dapatkan nasihat dan pendapat daripada orang yang berpengalaman atau profesional.

    ALSO READ:  Bella Astillah Enggan Lagi Canang Masalah Keluarga Di Media Sosial – ‘Lega Dah Luah Semua, Saya Percaya Netizen Juga Sudah Muak’
    Foto – Dreamstime

    Tak kiralah ibu bapa, kaunselor atau pun pakar dalam masalah rumah tangga sekalipun. Sokongan dan nasihat daripada pihak ini sangat membantu untuk kamu kekal berfikir dengan waras tanpa melibatkan emosi.

    Sekiranya perkahwinan boleh diselamatkan, lakukan yang terbaik dan termampu. Jika tidak, kamu tahu apa yang terbaik untuk hidup kamu dan anak-anak. Fighting! 

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts