Pelakon Fathia Latiff mendakwa tindakan menanggalkan hijab disebabkan sudah menemui diri.
Artikel berkaitan: ‘Saya Rasa Ini Ramadan Terakhir’ – Kenyataan Fathia Latiff Undang Tanda Tanya Bakal Keluar Agama?
Artikel berkaitan: [VIDEO] Fathia Latiff Selar Netizen? – ‘Beribadat 100 Tahun Pun Tak Guna Sebab Buat Saudara Korang Jadi Macam Ni’
Perlu pertahankan hak saya
Memetik laporan BH Online, Fathia turut berkata, dia tidak mempedulikan kritikan negatif netizen terhadap penampilan terbaharunya itu.
Saya sudah menemui diri, itu sahaja yang boleh saya jawab. Saya juga tak peduli apa orang nak kata.
Pada awal tahun ini, Fathia mengejutkan pengikutnya apabila tampil tidak bertudung di laman Instagram. Difahamkan, Fathia mula mengenakan hijab sekitar 2016 dan kemudiannya, membuka tudung sekitar 2019.
Bagaimanapun, pelakon sensasi itu kembali mengenakan hijab pada sambutan Ramadan pada 2020.
Di samping itu, Fathia mendedahkan alasan sering berbalah dengan warganet. Ujar Fathia, dia tidak boleh berdiam diri apabila dimaki netizen.
Bila orang maki, takkan saya nak diam? Saya ada perasaan dan sabar saya juga hadnya. Saya bagi contoh, kalau orang cucuk pisau, takkan kita nak biar sahaja?
Orang sudah cucuk, maki dan ludah takkan nak diam lagi? Jadi, makilah balik. Kenapa saya nak duduk diam apabila netizen berlawan dengan saya?
Saya perlu pertahankan hak saya. Saya rasa patut ada undang-undang dan mereka yang bercakap sesuka hati itu patut disaman.