Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBila Saya Akan Mengeluarkan Kenyataan Tentang Kontroversi Marissa?

    Bila Saya Akan Mengeluarkan Kenyataan Tentang Kontroversi Marissa?

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    abbymarissaabbymarissa

    Semalam, nama pelakon Abby Abadi kembali menjadi topik hangat selepas menyatakan Ahmad Aslam bukan individu yang berkemampuan untuk mengamalkan hidup poligami.

    Kena buatan?

    Marissa anak normanMarissa anak norman

    Terbaru, Abby membuka ruang untuk warganet bertanya di Ask Me A Question. Antara soalan yang mencuri tumpuan adalah mengenai Marissa.

    Kak Abby tak kata Marissa kena buatan orang kan?

    Sebelum ini, ketika disoal oleh usahawan, Datuk Seri Aliff Syukri, Abby, 46, meluahkan perasaan terkejut dengan perubahan Marissa sehingga berani melakukan tindakan di luar jangkaan.

    Menjawab pertanyaan itu, pemilik nama Arbaiyah binti Abdul Manan menafikan sekerasnya dia pernah mengeluarkan kenyataan ‘Marissa kena buatan orang.’

    Bila masa pula saya keluarkan kenyataan ini? Baca dekat mana? Banyak sangat ke pahala dorang ini asyik keluarkan kenyataan yang boleh menimbulkan fitnah pada saya?

    Kebergantungan hanya pada Allah

    abby abadi marissaabby abadi marissa

    Dalam pada itu, pelakon drama Gerak Khas juga menyatakan dia kelihatan tenang berdepan dugaan kerana menyerahkan segalanya kepada Allah SWT.

    Bila kebergantungan hanya pada Allah, insya-Allah segalanya akan tenang-tenang saja. Doakan yang baik-baik ya.

    Terdahulu, tularnya satu dakwaan yang mengatakan Marissa sudah bernikah dengan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember lalu.

    Bukan itu sahaja, kakak kepada Misya iaitu Nadiah Mazlan juga mengesahkan mengenai berita perkahwinan tersebut ketika dihubungi .

    Selepas itu, timbul pula dakwaan mengatakan Marissa ‘unfollow’ Abby dan juga bapanya, Normah Hakim di media sosial susulan penularan berita tersebut.

    Walau bagaimanapun, mereka kemudiannya dilihat gembira meluangkan masa bersama ketika menghadiri majlis previe bufet Ramadan yang diadakan di Summit Hotel Subang USJ, Selangor.

    Sekadar info, Marissa sebelum ini juga pernah didakwa menjadi punca keretakan rumah tangga Aslam dengan isteri pertamanya, Misya Mazlan sehingga pasangan itu hampir bercerai.

    ALSO READ:  Anugerah All Star Influencers 2024 Himpun Lebih 60 Pempengaruh Dari 8 Negara – ‘Orang Melayu Antara Yang Paling Kreatif’

    Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula selepas kontroversi itu reda.

    Pada November tahun lalu, Misya yang juga ibu kepada dua cahaya mata tampil membongkar dakwaan kisah kecurangan suaminya dengan model muslimah berumur 19 tahun itu.

    Sekadar info, Abby dan aktor, Norman Hakim pernah berkahwin pada tahun 2002 namun bercerai pada tahun 2009.

    Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts