Pelakon dan pengacara, Didie Alias memberikan kata-kata nasihat mengenai perpisahan menerusi hantaran di Instagram Story.
‘Jagalah aib…’
Menerusi perkongsian tersebut, pemilik nama Fadzilah Mohd Ali menitipkan nasihat buat setiap orang untuk menjaga aib pasangan selepas berlakunya perpisahan.
Perpisahan itu sakit, bahagia itu indah.
Bila terjadinya perpisahan, jagalah aib, baik dan buruk sesam (pasangan) hingga ke akhir hayat.
Tambah pelakon drama ‘Perempuan Ilmu Hitam’ itu lagi, darjat seseorang itu pasti akan diangkat Allah SWT sekiranya memilih untuk berbuat demikian.
Manis ditelan, pahit pun ditelan. Baru darjat kita diangkat sangat tinggi dan dipandang mulia.
Kita dah janji dengan Allah SWT.