Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBilal Boleh Sebut Satu-Satu Huruf Hijaiyah Arab, Neelofa Bangga Anaknya 10 Bulan...

    Bilal Boleh Sebut Satu-Satu Huruf Hijaiyah Arab, Neelofa Bangga Anaknya 10 Bulan Sudah ‘Baca’ Al-Fatihah

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Selebriti popular Neelofa teruja apabila melihat perkembangan anak sulungnya, Bilal yang kian fasih membaca huruf bahasa Arab.

    Sebagai ibu, Neelofa, 34, berkata dia sememangnya menitik beratkan pemilihan kandungan buat permata hati dengan memberikan yang terbaik dalam mendidik.

    “Sebagai ibu, saya tidak tahu nak cakap bangga macam mana apabila Bilal boleh sebut satu-satu huruf hijaiyah (huruf Arab).

    “Kandungan memang saya ambil dan pilih untuk dia tengok. Semasa setahun 10 bulan, masya-Allah dia boleh kira satu hingga 20, boleh kenal huruf kecil dan besar ABC, al-Fatihah, selawat dan alif ba ta serta surah-surah pendek,” katanya menerusi hantaran Instagram.

    Dalam pada itu, isteri kepada pendakwah selebriti, PU Riz mengakui segala penat lelah terbayar apabila melihat perkembangan anak tanpa memberikan telefon bimbit sepenuhnya.

    “Semoga anak-anak kita sentiasa dalam jagaan, lindungan dan pengawasan Allah SWT,” ujarnya lagi.

    Selain Muhammad Bilal, rumah tangga Neelofa atau nama lengkapnya Noor Neelofa Mohd. Noor dan PU Riz turut diserikan dengan seorang lagi putera, Abdullah Abbas yang lahir pada 11 Julai lalu.

    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts