Viral di media sosial sebuah rumah dimasuki dua orang penyamun bersenjatakan parang di Taman Sri Treh, Muar, Johor, semalam.
Cuba lawan penyamun
Memetik laporan Harian Metro, seorang warga emas yang dikenali sebagai Tay berkata, ketika kejadian cucunya berusia tiga bulan berada di rumah bersama pembantu rumah, manakala ahli keluarga lain keluar.
Tambah Tay, mereka kemudian mendapat mesej bahawa kediaman dimasuki lelaki tidak dikenali sebelum bergegas pulang. Dek kerana bimbang keselamatan bayi, mereka cuba untuk melawan penyamun tersebut.
Apabila tiba di rumah, kami lihat penyamun sudah berada di dalam lalu cuba melawan kerana bimbang bayi diapa-apakan. Pada masa sama, suami dan anak lelaki bertindak menghalang kenderaan yang digunakan ketika kedua-dua penyamun mahu melarikan diri.
Akibatnya, suami saya parah di kedua-dua tangan kerana terkena parang dan dibawa ke hospital bersama anak lelaki.
Difahamkan, kejadian itu berlaku kira-kira 6.20 petang.