Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBimbing Isteri Ke Syurga, Sabri Yunus Bawa Angeline Tan Mengerjakan Umrah Sebagai...

    Bimbing Isteri Ke Syurga, Sabri Yunus Bawa Angeline Tan Mengerjakan Umrah Sebagai Hadiah Perkahwinan

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Perkahwinan merupakan satu ibadah. Penting setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga memperbetulkan niat sebenar untuk berkahwin adalah mendapat keredhaan Allah.

    Bukan untuk suka-suka dan mengikut hawa nafsu sahaja.Isteri merupakan amanah Allah untuk dipimpin dan bimbing oleh para suami agar sama-sama dapat masuk ke syurga.

    Hampir tiga bulan bergelar muslim dan memeluk Islam, pelakon Ardini Angeline Tan, 56, memperoleh rezeki menjadi ‘tetamu Allah’ apabila berangkat ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah bersama suaminya yang juga pelakon dan pengarah berkaliber, Sabri Yunus, 62.

    Berita gembira itu dikongsikan Angeline dalam hantaran dalam Instagram (IG) mohon orang ramai mendoakan agar dipermudahkan segala urusan umrah yang kali pertama dilakukannya.

    “Pagi ini berangkat ke Tanah Suci. Terima kasih Perwira Holidays. Doakan kami,” tulisnya ringkas pada kapsyen foto bersama Sabri ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini.

    Angeline tampil manis dan cantik menggayakan tudung labuh dan jubah berwarna hitam menerima pelbagai kata-kata positif dan semangat diberikan netizen kepadanya agar memperoleh umrah yang mabrur.

    “Bersih sangat muka Lucy sekarang. Hidayah itu indah, Subhanallah. Selamat menjalani ibadah umrah,” komen netizen.

    “Alhamdulillah, syukur amin rezeki daripada Allah,” kata seorang netizen lagi.

    Terdahulu, Angeline memeluk Islam pada 26 September lalu dan selamat bernikah dengan Sabri dalam majlis diadakan di Perlis pada 14 Oktober lalu.

    Sebelum berkahwin dengan Sabri, Angeline sudah 19 tahun menjadi ibu tunggal kepada dua anak, begitu juga Sabri berstatus bapa tunggal selepas kematian isterinya akibat penyakit barah.

    Difahamkan, rezeki mengerjakan umrah itu antara hadiah perkahwinan diterima pasangan ini apabila majlis pernikahan mereka mendapat perhatian ramai serta ‘direstui’ satu Malaysia.

    ALSO READ:  Anna Jobling Akan Menghantar 1,000 Kad Raya Berhias Sendiri Kepada Peminat dari Malaysia, Indonesia, Singapura & Brunei
    Puteri Alia
    Puteri Alia
    Mencari ada apa di sebalik KISAH dunia & lokal.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts