Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBintang K-Drama Lee Joon Gi Akan Bertemu Peminat Di Malaysia Buat Kali...

    Bintang K-Drama Lee Joon Gi Akan Bertemu Peminat Di Malaysia Buat Kali Pertama!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelakon dan penyanyi Korea Selatan serba boleh, Lee Joon Gi bakal mengadakan pertemuan pertamanya bersama peminat di Malaysia dan ini juga merupakan penampilan sulungnya di negara ini!

    Dijadualkan Pada Bulan September

    via Lofi Entertainment

    Dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment dan Hit Maker Entertainment, dengan Sliding Doors Entertainment selaku Penganjur Bersama, 2024 LEE JOON GI ASIA TOUR <JOONGI’S DAY: FESTIVAL> in Kuala Lumpur pasti akan mencatat kenangan indah jika anda hadir di Mega Star Arena, KL pada 22 September ini mulai jam 6 petang.

    Peminat yang sebelum ini hanya menonton lakonannya menerusi K-drama dan filem di skrin, kini anda dapat menatap wajahnya secara langsung.

    Pada pertemuan itu kelak, penonton bukan sahaja berpeluang berinteraksi dengan Lee Joon Gi, malah dapat menonton persembahan menarik daripada beliau yang terkenal dengan gerak tari dan vokal yang mengkagumkan.

    Memegang Pelbagai Watak

    Lee Joon Gi memulakan kerjayanya dalam bidang seni sebagai model dan mendapat peluang berlakon untuk watak kecil sahaja.

    Namun namanya mula menjadi popular selepas beliau melakonkan watak utama dalam filem “The King and the Clown”, diikuti dengan siri romantik komedi “My Girl” yang melonjakkan lagi namanya dalam industri.

    Beliau juga digelar sebagai “Raja Sageuk” atau “Raja Drama Bersejarah” kerana sering melakonkan watak utama dalam banyak drama bersiri seperti “Moon Lovers: Scarlet Heart Ryeo”, “Scholar Who Walks the Night”, “Arang and the Magistrate” dan “Iljimae”.

    Sesuai dengan reputasinya sebagai pelakon serba boleh, beliau telah membintangi K-drama pelbagai genre seperti “Arthdal Chronicles”, “Again My Life”, “Flower of Evil” bersama Moon Chae Won, “Lawless Lawyer” dengan Seo Yea Ji dan banyak lagi.

    ALSO READ:  ‘Kalau Betul Aliff Masih Sayang, Kenapa Dia Buka Aib Saya?’ – Bella Astillah

    Pernah Beraksi Di Hollywood

    Lee Joon Gi membuat debut di Hollywood menerusi filem “Resident Evil: The Final Chapter”.

    Sepanjang karier lakonannya, Lee Joon Gi telah memenangi pelbagai anugerah daripada Anugerah Grand Bell Korea Selatan, Anugerah Drama SBS, Anugerah Drama KBS dan juga di pentas antarabangsa, antaranya di Festival Filem Antarabangsa Hawaii dan Festival Filem Antarabangsa Shanghai.

    Sebagai penyanyi, Lee Joon Gi telah mengeluarkan beberapa lagu yang mempamerkan gaya yang berbeza.

    Beliau juga mahir dalam seni mempertahankan diri dengan tali pinggang hitam dalam taekwondo, hapkido dan taekkyeon.

    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts