Adakah korang semua sudah bersedia untuk bersuka ria dengan B.I? Penyanyi dan penari rap K-pop ini akan datang ke Malaysia untuk bertemu peminatnya dan melakukan konsert solo pertama di Megastar Arena Kuala Lumpur, 30 Jun ini. Tiket konsert tersebut sudah mula dijual sejak semalam melalui www.ticketingtix.com.
Pernah jadi fenomena suatu ketika dahulu!
Dilahirkan sebagai Kim Han-bin, B.I menjadi terkenal sebagai bekas ketua kumpulan idol iKON sebelum muncul semula sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label 131, yang turut diasaskannya, dengan album single “Midnight Blue (Love Streaming). Kemudian dia juga menyalurkan sumbangan kepada World Vision untuk menyokong kanak-kanak dalam krisis.
Dengan dua album studio (“Waterfall” dan “To Die For”) dan empat EP (“Cosmos”, “Love or Loved Part.1”, “Love or Loved Part.2” dan “Tadaima”) dan diikuti dengan tour dari Asia ke Eropah sehingga dia menjadi sebahagian daripada barisan pemuzik utama untuk festival muzik Lollapalooza dan francais Rolling Loud.
B.I juga telah bekerjasama dengan pelbagai artis dalam lagunya, termasuk Destiny Rogers dan Tyla Yaweh pada “Got It Like That”; Bipolar Sunshine dan Afgan untuk “Lost at Sea (Illa Illa 2)” Jessi untuk lagu “Die for Love”, serta Soulja Boy dan DeVita menerusi lagu “BTBT”, yang dinobatkan sebagai salah satu Lagu K-pop Terbaik 2022 oleh majalah Time.
Dia juga dikenali sebagai penulis lagu dan penerbit, B.I ialah ahli Persatuan Hak Cipta Muzik Korea dengan lebih daripada 100 lagu didaftarkan di bawah namanya, yang kreditnya termasuk Blackpink dan Psy, antara nama besar lain dalam K-pop.