Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBintang K-pop B.I, Sedia Menggegarkan Malaysia Dengan Konsert Solo Pertama ‘HYPE UP’...

    Bintang K-pop B.I, Sedia Menggegarkan Malaysia Dengan Konsert Solo Pertama ‘HYPE UP’ Pada Jun 2024!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Bersedia untuk bersuka ria dengan B.I kerana penyanyi dan penari rap K-pop itu akan kembali ke Malaysia untuk bertemu peminatnya – dikenali sebagai ID yang bermaksud “identiti” – pada konsert solo pertamanya di sini!

    B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Lo-Fi Entertainment itu akan berlangsung di Mega Star Arena, KL pada jam 6 petang, Ahad, 30 Jun 2024. Tiket mula dijual pada hari Isnin, 6 Mei jam 12 tengah hari melalui www.ticketingtix.com

    Menjadi Kegilaan Ramai Dan Fenomena Suatu Ketika Dahulu!

    Dilahirkan sebagai Kim Han-bin, B.I menjadi terkenal sebagai bekas ketua kumpulan idol iKON sebelum muncul semula sebagai penyanyi solo pada tahun 2021 di bawah label 131, yang turut diasaskannya, dengan album single “Midnight Blue (Love Streaming)”, kemudian dia juga menyalurkan sumbangan kepada World Vision untuk menyokong kanak-kanak dalam krisis.

    Dengan dua album studio (“Waterfall” dan “To Die For”) dan empat EP (“Cosmos”, “Love or Loved Part.1”, “Love or Loved Part.2” dan “Tadaima”) dan diikuti dengan tour dari Asia ke Eropah sehingga dia menjadi sebahagian daripada barisan pemuzik utama untuk festival muzik Lollapalooza dan francais Rolling Loud.

    B.I juga telah bekerjasama dengan pelbagai artis dalam lagunya, termasuk Destiny Rogers dan Tyla Yaweh pada “Got It Like That”; Bipolar Sunshine dan Afgan untuk “Lost at Sea (Illa Illa 2)”; Jessi untuk lagu “Die for Love”, serta Soulja Boy dan DeVita menerusi lagu “BTBT”, yang dinobatkan sebagai salah satu Lagu K-pop Terbaik 2022 oleh majalah Time.

    Dia juga dikenali sebagai penulis lagu dan penerbit, B.I ialah ahli Persatuan Hak Cipta Muzik Korea dengan lebih daripada 100 lagu didaftarkan di bawah namanya, yang kreditnya termasuk Blackpink dan Psy, antara nama besar lain dalam K-pop.

    ALSO READ:  Yang Baharu Berkahwin Dengan Aslam Marissa Dania, Namun Madunya Misya Pula Yang Didakwa Kini Hamil

    Berikut adalah kategori tiket dan keistimewaan untuk peminat yang menonton konsert B.I 2024 Tour “HYPE UP” in Kuala Lumpur dan harga tertakluk kepada yuran pemprosesan RM4:

    HYPE Zon– RM788

    (Faedah Untuk Peminat: Menonton B.I buat soundcheck, 700 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan seramai 20 orang untuk setiap sesi, 700 peminat berpeluang Hi- Touch dengan B.I, 60 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat album B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

    UP Zon – RM688

    (Faedah Untuk Peminat: 150 peminat bertuah dapat bergambar dengan B.I secara berkumpulan, setiap sesi 20 orang, 150 peminat berpeluang Hi-Touch dengan B.I, 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, 50 peminat bertuah bakal mendapat merchandise B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

    BE Zon – RM538
    (Faedah Untuk Peminat: 20 peminat bertuah bakal mendapat poster B.I yang bertandatangan, poster rasmi.)

    IDENTITY Zon – RM338

    Sila ikuti Lo-Fi Entertainment di Instagram (www.instagram.com/lofi.entertainment) dan
    Facebook (www.facebook.com/lofi.entertainmentkl) untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini.



    Related articles

    Follow Us

    20,247FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts