Sejak umum untuk bercerai, kehidupan peribadi AR Rahman dan Saira Banu sentiasa jadi tumpuan orang ramai. Susulan daripada pengumuman ini, sebuah video temu bual lama telah muncul semula yang menampilkan bekas biras AR Rahman, Rahman (pelakon filem ‘1000 Babies’)
Sejak umum perceraian, kehidupan peribadi AR Rahman dan Saira Banu sentiasa menjadi tumpuan orang ramai. Susulan daripada pengumuman ini, sebuah video temu bual lama telah muncul dan menjadi tular.
Dalam video temu bual itu, bekas biras AR Rahman iaitu Rahman (pelakon filem ‘1000 Babies’), mengimbas semula situasi maestro itu ‘menghilangkan’ diri ketika berbulan madu dengan kakaknya.
“Saya masih ingat, masa dia kahwin, dia bawa kakak ipar berbulan madu di ke stesen bukit. Saya telefon mereka malam itu, baru pukul 12 atau 1 pagi… Dia (Saira) jawab tengah tidur. Saya tanya, “Di mana Rahman?”, dia berkata AR Rahman berada di bilik lain berlatih veena.”- Rahman.
View this post on Instagram
Tambah pelakon itu lagi, dia mengakui AR Rahman sangat komited dengan kerjaya muziknya. Bukan itu sahaja, AR Rahman juga dikenali sebagai individu yang kurang bercakap dan tak suka mengikuti gosip.