Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBkay Nair Perkenal Idea Sari, Angkat Hasil Tangan Banduan Penjara – ‘Mereka...

    Bkay Nair Perkenal Idea Sari, Angkat Hasil Tangan Banduan Penjara – ‘Mereka Menghasilkan Batik Yang Sangat Tinggi Nilai Seninya’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    bkaybkay

    Pelakon Bkay Nair sekali lagi memartabatkan warisan tekstil negara dengan menggabungkan elemen menarik dalam pakaian tradisonal masyarakat majmuk di Malaysia.

    Angkat hasil tangan batik banduan

    Sempena dengan pertunjukan fesyen Malaysian Heritage Showcase 2024 (MHS2024) yang bakal berlangsung bulan depan, Bkay, 42, memperkenalkan pakaian tradisional kaum India iaitu sari yang dihasilkan dari tekstil batik.

    Apa yang lagi menarik, Bkay atau nama sebenarnya Tryambikay Vengades mengangkat hasil kerja daripada banduan serata penjara termasuk di Kajang dan Machang.

    Ini kelainan yang kami bawakan pada tahun ini yang dijadualkan pada 23 November depan, di mana antara yang menjadi fokus utama ialah 6 Yards of Beauty di mana pakaian sari dari tekstil batik iaitu antara warisan dan identiti negara kita.

    Lebih menarik saya dalam usaha mendapatkan hasil tangan batik daripada banduan di penjara negara ini sebagai sokongan dan tarikan pada kali ini memandangkan mereka turut menghasilkan batik yang sangat tinggi nilai seninya.

    Kenapa banduan? Mereka sebenarnya belajar di bengkel vokasional. Bila terjual semua kain ini akan masuk ke gaji mereka. Dan dalam masa, saya nak mempromosikan skil dan sebenarnya ramai tidak tahu ada butik dalam Penjara Kajang.

    Sebab mereka memang sudah mempunyai ilmu, jadi design memang saya serahkan kepada mereka. Saya jadikan mereka sebagai pereka fesyen.

    Bkay berkata demikian ketika sesi sidang media ‘The Malaysia Heritage Showcase’ di Bungalow 37, pada Khamis.

    Selain itu, kata Bkay, rekaan sari batik ini juga bertujuan untuk menarik minat golongan muda atau Generation Z (Gen Z).

    Bukan saja penggemar pakaian tradisional yang sedia ada atau yang lebih berusia kita perlu beri perhatian, golongan Gen Z pun sama pentingnya.

    Saya difahamkan, golongan Gen Z suka dengan pembaharuan, kalau kita suruh mereka pakai sari atau pakaian batik tradisional seperti yang biasa dilihat, mungkin susah sedikit. Tetapi jika kita tonjolkan sedikit eleman baharu dan segar, ia boleh mencuri perhatian mereka.

    Ada Anugerah Pereka Terbaik

    BKAYNAIR_5336BKAYNAIR_5336

    Tambah pelakon Ratu The Movie, pemilihan batik pada pertunjukan anjuran Bkay Nair Resources dengan sokongan Persatuan Pembangunan Pernigaan Fesyen Malaysia (PPPFM) kali ini, menampilkan batik sebagai tekstil yang mampu menghasilkan pelbagai jenis dan potongan fesyen mengikut kreativiti pereka.

    ALSO READ:  Lepas Keguguran, Ain Edruce Umum Hamil Anak Kedua – ‘Alhamdulillah Allah Beri Rezeki Untuk Kami’

    Katanya, usaha memperkenalkan batik ke pentas lebih komersial ini mampu menjana pendapatan mereka yang terlibat dalam industri ini.

    MHS2024 juga bakal mengiktiraf dan menyediakan Anugerah Pereka Terbaik yang mula diperkenalkan sejak tahun lalu dalam menghargai usah pereka terbabit mengangkat warisan tekstil tempatan.

    Kami turut mendapat sokongan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dalam penganjuran kali ini yang mendapat penyertaan daripada pereka tempatan.

    Selain sari, pereka juga bakal menampilkan pelbagai rekaan menggunakan tekstil batik seperti baju dan gaun yang boleh digayakan dalam majlis khas mahupun untuk tujuan komersial dalam meraikan tradisi tempatan.

    Sementara itu, Bkay yang juga Presiden PPPFM turut meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana akhirnya sebuah persatuan untuk peniaga fesyen di negara ini berjaya ditubuhkan sekaligus memberikan amanah kepada dirinya untuk mengetuainya.

    Saya menghargai sokongan dan kepercayaan yang diberikan dan akan berusaha melakukan yang terbaik dalam usaha memastikan industri fesyen di negara ini terus berkembang.

    Pelbagai agenda juga sudah diatur termasuk bengkel dan sesi perbincangan bagi mengeratkan hubungan sesama pemain industri dalam bidang berkaitan serta mencari peluang menjalinkan usaha sama.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts