Ianya berlaku secara tidak sengaja!
BLACKPINK Rosé menceritakan kisah Met Gala pertamanya pada tahun 2021 apabila secara tidak sengajanya dia bertemu dengan penyanyi Rihanna.
Menerusi temu bualnya bersama Vogue, Rosé memberitahu dia ditanya sama ada boleh menunggu beberapa minit sebelum mengambil gambar dan videonya oleh kakitangan Met Gala, kerana ketika itu Rihanna dan A$AP Rocky sedang bergambar.
Sambil menunggu giliran, Rosé melihat Rihanna dalam penampilan glamornya dan tertanya-tanya sama ada dia dibenarkan untuk berada di spot bergambar itu.
Ketika menunggu, jurugambar Keaton Bell, bertanya kepadanya adakah dia peminat Rihanna. Tidak membuang masa dan berasa teruja, dia menjawab “Ya!”
Bagaimanapun apabila ditanya sama ada mahu bertemu dengan penyanyi ikonik itu, Rosé memberitahu dia tidak mahu menyusahkan Keaton.
Rihanna akhirnya berjalan berhampiran mereka dan Keaton mengambil kesempatan untuk memperkenalkan Rosé kepadanya. Kemudian selepas disapa, Rihanna memegang tangan Rosé dan memeluknya.
“Saya masih ingat, saya sangat sedih untuk membasuh tangan”, ucap Rosé.