Buat pertama kalinya. Blue Ivy Carter iaitu anak kepada bintang Hollywood, Beyoncé dan Jay-Z telah membintangi watak “Kiara” dalam filem ‘Mufasa: The Lion King’.
Hadir memeriahkan karpet merah untuk tayangan perdana filem itu, ramai yang berpendapat penglibatan Blue Ivy itu adalah disebabkan pengaruh ibu bapanya. Tetapi pengarah Barry Jenkins pula berkata sebaliknya.
View this post on Instagram
Ketika tayangan perdana filem ‘Mufasa: The Lion King” di Los Angeles baru-baru ini, Barry telah memuji suara Blue Ivy. Kongsinya, suara anak Beyoncé telah menarik minatnya semasa kerjanya pada buku audio ‘Hair Love’.
“Penting untuk semua orang tahu, ibu bapanya tidak terlibat dalam tempahan filem ini. Dia mempunyai keupayaan untuk membawa sifat ‘tak bersalah’ dan pengetahuan kanak-kanak yang sangat berkembang.”
View this post on Instagram
Barry juga menyifatkan bekerja dengan Blue Ivy sebagai satu pengalaman yang menggembirakan sambil memuji kesediaan dan etika kerjaya. Manakala Beyoncé pula dengan penuh emosi meluahkan rasa bangganya terhadap bakat anak tunggalnya.
“Melihat Blue sebagai “Kiara” dan mendengar suaranya keluar daripada watak itu sungguh mengagumkan!”