Semua maklum bahawa sudah banyak kali penyanyi dangdut, Baby Shima berdepan gangguan lelaki miang menerusi kiriman mesej peribadi mahu pun platform media sosial.
Tidak Berdiam Diri
Kali ini, pemilik nama sebenar Nor Ashima Ramli itu tidak berdiam diri, sebaliknya ‘mengajar’ individu tersebut dengan cara tersendiri.
Baby Shima bukan sahaja mendedahkan mesej berbaur lucah yang dihantarkan kepadanya, malah turut berkongsi nama akaun serta wajah pelaku perbuatan itu.
Menerusi ‘screenshot’ dari DM (Direct Message) yang diterimanya tersebut, lelaki itu seolah-olah meminta kebenaran kepada Baby Shima untuk melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya.
B*ntot boleh jolok tak?
Terima DM Lucah Bawah Umur
Dalam DM itu, Baby Shima menunjukkan perbualan dengan lelaki tersebut dan melihat kepada akaun pemilik Instagram itu, kelihatan lelaki terbabit boleh dikatakan bawah umur.
DM yang diterima oleh Baby Shima itu sekaligus dibalas olehnya dengan cara sindirian kepada kanak-kanak itu.
Amboi kau budak kecik. Kecik lagi macam siput sedut pun gatal ea nak jolok-jolok.
Siap kau aku bagitau mak kau budak kecik siput sedut.
melihat diruangan komen, ramai yang turut terhibur dengan cara komen yang diberikan oleh Baby Shima.
Malah ada yang bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Baby Shima itu.