Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Tuesday, September 17, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Boboiboy Galaxy Windara’ Bakal Temui Penonton Di TV9, 2 Jun Ini!

    ‘Boboiboy Galaxy Windara’ Bakal Temui Penonton Di TV9, 2 Jun Ini!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Siri animasi popular BoBoiBoy mengumumkan akan kembali menghiburkan penonton di kaca televisyen melalui siri terbaharu BoBoiBoy Galaxy Windara.

    Kembali bersiaran di TV9

    BoBoiBoy yang telah memikat hati jutaan kanak-kanak dan keluarga di seluruh Malaysia, dijadualkan kembali untuk bersiaran di TV9 dengan siri terbaharu, bermula 2 Jun 2024, setiap Ahad, jam 6.30 petang dan boleh strim secara langsung dalam HD melalui www.tonton.com.my atau aplikasi Tonton. 

    BoBoiBoy kini sudah beraksi selama 12 tahun dan telah mencipta peminatnya tersendiri daripada pelbagai generasi. Tayangan siri terbaru ini tentunya bakal meningkatkan rasa keterujaan dalam Generasi-B (BoBoiBoy) yang telah mengikuti BoBoiBoy dari siri pertama dan yakin bahawa episod-episod baharu ini akan terus mengukuhkan kedudukan BoBoiBoy sebagai siri animasi kegemaran di Malaysia yang sentiasa menjanjikan animasi yang lebih hebat, segar, penuh pengajaran dan hiburan berkualiti.

    Selain daripada jalan cerita yang menarik, penonton juga boleh menjangkakan peningkatan dalam kualiti animasi dan efek visual yang lebih mengagumkan. Pasukan produksi telah bekerja keras untuk memastikan setiap episod memenuhi standard tertinggi dalam industri animasi.

    Dihasilkan oleh MONSTA, BoBoiBoy Galaxy Windara membawa penonton menyertai pengembaraan BoBoiBoy yang menghadapi dilema apabila Kuputeri iaitu pemegang asal kuasa Elemen Tempest tiba di Bumi untuk menuntut semula kuasanya dan menyelamatkan rakyatnya.

    Untuk memujuk BoBoiBoy, Kuputeri telah menjemputnya ke Planet Windara, dimana dia dapat menyaksikan sendiri penderitaan rakyatnya yang telah lama bertahan di bawah naungan Maharaja Reramos yang jahat.

    Sempena dengan pelancaran siri terbaharu ini, BoBoiBoy Galaxy Windara mengumumkan pelancaran peraduan “Tonton dan Menang” yang bakal memberikan peluang kepada penonton setia untuk memenangi hadiah-hadiah menarik.

    ALSO READ:  17 Tahun Dalam Industri Seni, Haqiem Rusli Janji Hasilkan Muzik Yang Lebih Bagus & Ikut Aliran Semasa

    Peraduan ini akan berlangsung bermula dari 2 Jun 2024 hingga 7 Julai 2024. Peraduan “Tonton dan Menang” bertujuan untuk menghargai sokongan padu daripada peminat siri BoBoiBoy. 

    Untuk menyertai peraduan ini, penonton hanya perlu menonton setiap episod  BoBoiBoy Galaxy Windara, dan meneka watak yang muncul di kaca televisyen sewaktu tayangan tersebut.  Penonton dikehendaki mencipta dialog tersendiri dengan cara kreatif berdasarkan situasi yang diberi. Jangan lepaskan peluang ini kerana anda boleh memenangi pelbagai barangan eksklusif BoBoiBoy!

    Untuk dapatkan info terkini tentang program-program TV9, ikuti media sosial rasmi Facebook, Instagram & X di @TV9Malaysia serta TikTok @TV9MalaysiaOfficial atau tonton menerusi myFreeview CH109, Astro CH149, unifi CH109, tonton LIVE TV dan XTRA Live TV.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,257FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts