Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, November 25, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bodyguard’ Bidas Tuduhan Halang Fattah Amin Hampiri Fazura – ‘Tak Ada Satu...

    ‘Bodyguard’ Bidas Tuduhan Halang Fattah Amin Hampiri Fazura – ‘Tak Ada Satu Arahan Pun Suruh Kami Buat Macam Itu’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Hantaran yang dimuat naik oleh seorang lelaki yang merupakan pengawal peribadi kepada pelakon, Nur Fazura telah mencuri perhatian warganet di Instagram Story.

    Halang Fattah dekati Fazura?

    Menerusi perkongsian tersebut, lelaki yang dikenali sebagai Shahaszrin Mohd Sabiruddin berkongsi tangkap layar komen seorang individu yang mendakwa aktor, Fattah Amin tidak dapat mendekati Fazura di mahkamah gara-gara dihalang oleh pengawal peribadi.

    ‘Bodyguard melarang Fattah Amin dekati Fazura.

    ‘Jangan memandai-mandai’

    Tidak mendiamkan diri, lelaki ini dilihat membalas komen yang ditinggalkan netizen tersebut dan meminta bukti jika benar mereka diarahkan untuk berbuat demikian terhadap Fattah Amin.

    Tahu dari mana? Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ tak bagi Fattah datang dekat?

    Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ ada (di mahkamah) disebabkan ada Fattah di lokasi yang sama?

    Sumber mana yang bagi tahu kau ‘bodyguard’ ada sebab nak halang Fattah. Kau jangan main tulis ikut sedap kau.

    Tambah lelaki itu lagi, dakwaan yang ditinggalkan tersebut tidak berasas kerana netizen tersebut telah pun memadam komen tersebut.

    Susulan itu, lelaki ini berharap agar orang ramai tidak mengeluarkan sebarang spekulasi tanpa usul periksa.

    Jangan lah melampau lampau. Tak ada satu arahan pun yang suruh kami buat macam itu.

    Kitaorang pun tahu kerja kitaorang. Tolong jangan memandai mandai.

    Komen pun dia dah delete. Nampak sangat komen main ikut sedap ja.

    Terdahulu, pada 13 September lalu, Nur Fazura atau nama sebenarnya Nur Fazura Sharifuddin, 41, memfailkan cerai terhadap Fattah di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari.

    Kehadiran pelakon filem J-Revolusi itu ke Mahkamah tersebut mencuri perhatian apabila seramai lima pengawal peribadi ditugaskan untuk melindunginya.

    ALSO READ:  Datuk Red Membuka Akaun TikTok, Berusaha Mencari Pekerjaan demi Menyara Anak dan Membayar Hutang

    Imbas kembali, Fattah dan Fazura mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts