Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bodyguard’ Jaga Keselamatan & Hal Ehwal Rutin Senaman Ella

    ‘Bodyguard’ Jaga Keselamatan & Hal Ehwal Rutin Senaman Ella

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Ratu rock negara Ella memberitahu dia menggunakan khidmat pengawal peribadi sekiranya perlu memenuhi undangan pentas mahupun acara-acara yang membabitkan orang ramai.

    Lebih kepada soal keselamatan

    Menerusi temu bual bersama Ella berkata, dengan adanya pengawal peribadi segala urusannya menjadi mudah dan lancar. Tambah Ella, selain pengawal peribadi, dia turut ditemani kakaknya sendiri iaitu Jojie.

    Sebenarnya saya sudah lama pasang bodyguard (pengawal peribadi) yang juga jurulatih senaman. Sambil jaga keselamatan, dia turut membantu hal ehwal rutin senaman.

    Sebelum ini pun ke mana-mana sahaja saya sentiasa ditemani Jojie, penata rias serta pengawal peribadi dan suami jika dia tiada urusan lain.

    Ini lebih kepada soal keselamatan memandangkan saya perlu banyak bergerak memenuhi undangan ke beberapa lokasi, lebih lancar dengan adanya bodyguard.

    Disoal sama ada sengaja mahu menunjuk-nunjuk status diri kerana mempunyai pengawal peribadi ataupun sebaliknya, pelantun suara ‘Sembilu’ ini secara ringkas menjawab dia tidak pernah terfikir mengenai perkara itu.

    Suami saya sendiri, turut menyarankan lebih baik mendapatkan bantuan mereka yang profesional kerana tiada kompromi dalam soal keselamatan.

    sempat bertanya kepada Ella sama ada dia pernah berhadapan situasi yang berbahaya ataupun tidak sebelum ini. Jawab Ella, peminatnya sangat berhemah.

    Tidaklah bermakna saya pernah berhadapan situasi berbahaya atau enggan didekati peminat kerana selama ini pun ramai tak perasan adanya mereka di sekeliling saya.

    Peminat saya juga berhemah, ada bodyguard macam saya cakap membantu melicinkan urusan logistik.

    Biasanya ada dua orang akan temani kami ke majlis, tengok kepada keperluan kerana kalau konsert sudah tentu perlukan tenaga lebih ramai.

    Ella ditemui pada sidang media Konsert Jilid Rockestra Ella: Rockers Juga Manusia, baru-baru ini.

    ALSO READ:  The Raw. Ikut Nasihat Azizan Osman Tentang Kepentingan Sedekah, Infak 50 Tan Beras Kepada 10,000 Keluarga Asnaf

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts