Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Sunday, September 8, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Boikot Di Kedai Tapi Boleh Buat Sendiri Di Rumah”- 5 Resepi DIY...

    “Boikot Di Kedai Tapi Boleh Buat Sendiri Di Rumah”- 5 Resepi DIY Menu Air Starbucks Untuk Mereka Yang Craving!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Isu Palestin-Israel yang hangat diperkatakan telah menyebabkan ramai orang membuka mata dan mulai memboikot sesetengah jenama yang menyokong Israel; termasuk jenama minuman kegemaran orang ramai ini.

    Solidariti dengan rakyat Palestin telah menyebabkan isu boikot ini membuatkan beberapa cawangan Starbucks dalam negara mula ‘kesunyian’ dan tiada ramai pelanggan seperti dulu.

    Sebagai alternatif kepada pengganti Starbucks; ada yang mula mencuba minuman jenama lokal dan ada juga yang mula berjinak-jinak mencuba resepi minuman kegemaran mereka di rumah.

    #1 Caramel Machiato 

    Foto – Pinterest

    Bahan-bahannya:

    • Sirap vanila – 1 sudu besar
    • Susu – 177ml
    • Espresso – 30ml
    • Sos karamel
    • Ais

    Cara-caranya:

    1. Ambil satu cawan dan letakkan sirap vanila ke dalamnya.
    2. Kemudian masukkan susu ke dalamnya.
    3. Masukkan ais dan espresso.
    4. Drizzlesos karamel di atasnya dan siap!

    (Espresso boleh ditukarkan kepada instant coffee)

    #2 Mocha Frappuccino 

    Foto – Pinterest

    Bahan-bahannya:

    • Ais – 8 ketul ke 10 ketul
    • Susu penuh lemak – 240ml
    • Estrak vanila – 1 sudu kecil
    • Serbuk gula – 3 sudu besar
    • Sos coklat – 3 sudu besar
    • Brewed coffee– 60ml
    • Whipped cream 

    Cara-caranya:

    1. Menggunakan pengisar, campurkan kesemua bahan kecualiwhipped cream.
    2. Kisar sehingga teksturnya halus atau yang diingini.
    3. Tuangkan dalam cawan dan kemudian letakkanwhipped creamsertadrizzledengan sos coklat di atasnya.

    (Brewed coffee boleh ditukarkan kepada bancuhan 2 sudu besar instant coffee dan 1 cawan air panas.)

    #3 Java Chip Frappuccino 

    Foto – Pinterest

    Bahan-bahannya:

    • Ais – 1/2 cawan
    • Kopi – 1/2 cawan
    • Susu – 1/2 cawan
    • Cip coklat – 2 sudu besar
    • Sos coklat – 2 sudu besar
    • Whipped cream 

    Cara-caranya:

    1. Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecualiwhipped cream. 
    2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkanwhipped creamdi atasnya.
    3. Kemudiandrizzledengan sos coklat dan siap untuk dihidang.
    ALSO READ:  [VIDEO] Kajol Akui Dirinya Seperti Seekor Kuda Saat Bersama Shah Rukh Khan Dalam Filem “Karan Arjun”

    #4 Green Tea Frappuccino 

    Foto – Pinterest

    Bahan-bahannya:

    • Susu – 1 1/2 cawan
    • Ais – 1 1/2 cawan
    • Instant French vanilla pudding– 3 sudu besar
    • Serbuk teh hijau Matcha – 1 sudu besar
    • Whipped cream 

    Cara-caranya:

    1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar kecualiwhipped cream.
    2. Kisar sehingga halus atau tekstur yang diingini dan tuang ke dalam gelas.
    3. Letakkanwhipped creamdan taburkan sedikit serbuk teh hijau do atasnya.

    (Instant French vanilla pudding boleh digantikan dengan campuran 1 sudu besar tepung jagung dan 2 sudu besar gula.)

    #5 Chocolate Chip Frappuccino 

    Foto – Pinterest

    Bahan-bahannya:

    • Susu – 1 1/8 cawan
    • Gula pasir – 1 1/2 sudu besar
    • Cip coklat – 1/3 cawan
    • Sirap coklat – 3 sudu besar
    • Ais – 1 1/2 cawan sehingga 2 cawan
    • Ekstrak vanila – 1/4 sudu kecil
    • Serbuk kayu manis
    • Whipped cream 

    Cara-caranya:

    1. Menggunakan pengisar, masukkan kesemua bahan kecualiwhipped cream. 
    2. Tuangkan ke dalam gelas dan letakkanwhipped creamdi atasnya.
    3. Drizzlesedikit sirap coklat, dan taburkan cip coklat.

    Mungkin ada sesetengah menu ini, rasanya tak 100% sama tetapi bolehlah buat sebagai ‘pengubat’ rindu kan? Selamat mencuba!

    Related articles

    Follow Us

    20,267FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts