Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBoleh Ke ‘Overuse’ Pelembap Sehingga 10x Sehari Macam Aktres Elizabeth Hurley?- Ini...

    Boleh Ke ‘Overuse’ Pelembap Sehingga 10x Sehari Macam Aktres Elizabeth Hurley?- Ini Kata Pakar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pernah tak kamu dengar orang pakai pelembap terlampau banyak, berulang-ulang kali sehinggakan sepuluh kali sehari seperti aktres Elizabeth Hurley?

    Mungkin kedengaran pelik dan rasa seperti tak perlu pun pakai pelembap sebanyak itu, tetapi Elizabeth Hurley pernah kongsikan rutinnya itu membuatkan wajah nampak lebih awet muda dan penampilan kedutan lebih minimum.

    Tetapi tak bahaya ke kalau guna pelembap terlampau banyak seperti itu? Kalau kamu nak tahu, pakar ada kongsikan mengenai hal ini…

    Tak bahaya ke? Pakar Dedah Ini Mungkin Akan Terjadi…

    View this post on Instagram

    A post shared by Elizabeth Hurley (@elizabethhurley1)

    “Memang banyak! Saya akan lembapkan muka saya kira-kira 6 kali sehari dan leher pula kira-kira 10 kali sehari. Sapukan sedikit pada wajah dan ia akan buatkan wajah kamu nampak lebih glowing!”

    Walaupun trik ini berkesan untuk Elizabeth, ada beberapa pakar tidak mengesyorkannya. Ini kerana kamu cenderung untuk over-moisturized kulit. Pelembap sepatutnya dipakai sebanyak dua kali sehari sahaja tetapi kalau terlebih pakai, kamu berkemungkinan akan alami:

    Foto – Verywell Health
    • Kulit menjadi ‘malas’ untuk menghasilkan kelembapan secara semula jadi.
    • Melambatkan pengeluaran nutrien yang penting memandangkan kulit mempunyai air, lipid dan protein yang mencukupi.
    • Kulit akan menjadi lebih kering daripada kebiasaannya.
    • Mekap tak dapat bertahan dengan lebih lama dan mudah hilang.

    Bagi Elizabeth, trik ini sesuai dengannya tetapi kamu kalau nak guna pelembap, gunalah seperti yang disyorkan okay?


    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts