Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBolot Tujuh Anugerah, Filem Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik FFM 33

    Bolot Tujuh Anugerah, Filem Imaginur Dinobatkan Filem Terbaik FFM 33

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Menggondol tujuh anugerah di Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33), filem ‘Imaginur’ dinobatkan sebagai filem terbaik pada malam anugerah yang diadakan secara langsung di Angkasapuri, Kuala Lumpur pada Sabtu.

    Tahniah

    Filem arahan Nik Amir Mustapha itu turut memenangi enam anugerah lain iaitu Penataan Seni Terbaik, Lagu Tema Terbaik, Penyunting Terbaik, Cerita Asal Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pengarah Terbaik.

    Menerusi kemenangan itu, filem Imaginur telah membawa pulang trofi dan menerima insentif Dana Kandungan Kreatif (DKK) bernilai RM500,000.

    Nik Amir Mustapha selaku pengarah filem menitipkan ucapan terima kasih atas sokongan yang telah diberikan kepada naskhah penghasilannya.

    Terima kasih kepada juri, pihak Finas dan penonton.

    Tanpa penonton yang sokong filem kita, kami tak akan sampai ke tahap ini. Begitu juga kepada pihak media dan blogger.

    Tahniah juga kepada calon yang lain dan kami sangat bangga dengan anugerah ini.

    Imaginur juga telah mengenepikan filem seperti Abang Adik, Sheriff, Mechamato The Movie, Rain Town, Hungry Ghost Diner dan Duan Nagi Bogho.

    A. Galak Raih Anugerah Khas Sepanjang Zaman

    Sementara itu, FFM 33 menganugerahkan pelakon veteran, A. Galak Anugerah Khas Sepanjang Zaman yang telah disampaikan oleh sahabat baiknya sendiri, Datuk Yusof Haslam.

    Menurut A. Galak atau nama lengkapnya Zakaria Ahmad, dia berasa sangat bersyukur kerana akhirnya dapat memegang trofi pertamanya selepas 60 tahun berkecimpung dalam industri seni.

    Syukur atas penganugerahan ini, saya ucapkan jutaan terima kasih. Ini kali pertama saya terima anugerah selepas lebih 60 tahun berkecimpung dalam industri seni. Saya mulakan kerjaya pada usia 19 tahun di Studio Shaw Brothers, Jalan Ampas, Singapura waktu itu.

    Kemudian saya berhijrah ke Kuala Lumpur dan bekerja bersama Skop Production selama 40 tahun dan banyak berlakon di bawah arahan Yusof Haslam.

    Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat semua yang menghargai saya dan akan saya kenang budi ini sehingga ke akhir hayat.

    Dalam pada itu, berikut kongsikan senarai penuh pemenang bagi keseluruhan kategori yang dipertandingkan di FFM 33. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang!

    ALSO READ:  Mimi Lana Menunjukkan Kesederhanaan Emosi, Menjaga Professionalisme Bersama Syafiq Kyle – 'Mampu Memafkan Namun Tidak Lupa'

    Senarai pemenang:

    1. Filem Box Office – Filem Sheriff: Narko Integriti (Skop Productions & Astro Shaw)
    2. Poster Terbaik – Filem Walid (Layar Pictures Sdn. Bhd)
    3. Kesan Khas Visual Terbaik – Filem Sheriff: Narko Integriti (Viper Studios Sdn. Bhd)
    4. Filem Pendek Terbaik – The Missing Trophy (Wayang Works Sdn. Bhd)
    5. Dokumentari Terbaik – Pekik (Stereo Pixels Sdn. Bhd)
    6. Tatarias / Solekan Terbaik – Filem Abang Adik
    7. Rekaan Busana / Kostum Terbaik – Filem Abang Adik (Elaine Ng)
    8. Penataan Seni Terbaik – Imaginur (Rabbani Sujak)
    9. Penataan Bunyi Terbaik – Mechamato Movie (Nizam Razak)
    10. Skor Muzik Asal Terbaik – Malbatt: Misi Bakara (Jackey Yeow)
    11. Lagu Tema Terbaik – Hasrat – Filem Imaginur (Amir Jahari)
    12. Sinematografi Terbaik – Filem Sheriff: Narko Integriti (Rahimi Maidin)
    13. Penyunting Terbaik – Filem Imaginur (Johan Arif Mazlan)
    14. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Qisha Hairulzain (Filem Magik)
    15. Pelakon Wanita Harapan – Trisha Ooi (Filem Janna Endoro)
    16. Pelakon Lelaki Harapan – Aniq Durar (Filem Pagari Bulan)
    17. Pengarah Harapan – Jin Ong (Filem Abang Adik)
    18. Cerita Asal Terbaik – Filem Imaginur (Redza Minhat & Nik Amir Mustapha)
    19. Lakon Layar Terbaik – Filem Abang Adik (Jin Ong)
    20. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Elizabeth Tan (Filem Sheriff: Narko Integriti)
    21. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Jack Tan (Filem Abang Adik)
    22. Pelakon Wanita Terbaik – Susan Lankester (Filem Rain Town)
    23. Pelakon Lelaki Terbaik – Beto Kusyairy (Filem Imaginur)
    24. Pengarah Terbaik – Nik Amir Mustapha (Filem Imaginur)
    25. Filem Terbaik –
    26. Anugerah Khas Karyawan – Indra Che Muda
    27. Anugerah Khas Juri (1) – Naam Katra Isai
    28. Anugerah Khas Juri (2) – Duan Nago Bogho

    ALSO READ:  Sahabat Seperjuangan Bantu Ali XPDC Menerusi Konsert Amal

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts