Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Borak Boleh Tapi Jangan Sampai Menipu….”-Jep Sepahtu

    “Borak Boleh Tapi Jangan Sampai Menipu….”-Jep Sepahtu

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu berkongsi rasa kesal apabila namanya dipetik dalam sebuah audio siar yang ditayangkan di platform Youtube.

    Kesal Nama Dipetik Dalam Podcast?

    Jep atau nama sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin menerusi hantaran di Instagram, menyatakan dia yang pada mulanya tidak mahu mengambil kisah itu terpaksa memberi penjelasan selepas namanya telah dipetik dalam audio siar berkenaan.

    “Aku ni sebenarnya malas nak layan hal-hal remeh tapi bila dibiarkan makin seronok pula diorang sembang. Dah takde nama lain ke nak tunggang?-tulis Jep di Instagram

    View this post on Instagram

    A post shared by Jep Sepahtu (@jepsepahtu)

    “Apa Yang Aku Boleh Katakan Cerita Dalam Podcast Tu…”

    Tambahnya lagi, pelawak terkenal ini turut menegaskan bahawa kisah yang diceritakan oleh para pelawak dalam audio siar tersebut kebanyakannya telah ditokok tambah oleh pihak terlibat.

    “Apa yang aku boleh katakan cerita dalam podcast tu kebanyakannya direka dan ditokok tambah. Harap takde yang bertanya lagi.”-tegas Jep

    Dalam pada itu, Jep turut memberi respon terhadap komen netizen mengenai audio siar yang disifatkan telah menipu dengan memetik namanya itu.

    “Borak boleh tapi jangan lah sampai menipu. Dah lah menipu petik nama orang pulak. Saya rasa akak pun tak selesa kalau orang reka cerita pasal akak.”- Balas Jep kepada netizen

    Sama-sama kita doakan yang terbaik sahaja buat mereka…Apa komen anda?



    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts