Ketika tularnya berita mengenai influencer Indonesia, Isa Zega mengerjakan ibadah umrah dengan memakai pakaian wanita, Lucinta Luna muncul memberikan satu respons yang menarik perhatian orang ramai.
Menerusi temu bual di podcast Deddy Corbuzier, Lucinta Luna memberitahu dia tidak menindakkan jantina sebenarnya. Malah secara terbuka, dia mengaku dia dilahirkan sebagai lelaki.
“Saya Lucinta Luna alias Ayuna Putri yang telah disahkan oleh mahkamah. Nama sebenar saya Muhammad Fatah dan saya dilahirkan sebagai lelaki”, ujar Lucinta.
View this post on Instagram
Walaupun kini telah bertukar jantina secara sah dan biologi, Lucinta menegaskan dia tidak akan bermain dengan agama seperti Isa Zega, iaitu berpakaian wanita ketika mengerjakan umrah.
View this post on Instagram
“Kalau ada rezeki dan saya bersedia, saya bersumpah apabila saya datang memenuhi panggilan Allah, saya akan menjadi seorang lelaki.”