Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBuat 4 Rutin Ini Sebelum Tidur, Esok Pagi Bangun Kulit Bersih Bersinar

    Buat 4 Rutin Ini Sebelum Tidur, Esok Pagi Bangun Kulit Bersih Bersinar

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur

    Tidaklah susah sebenarnya untuk menjaga kulit, asalkan anda tahu jenis dan masalah kulit, lakukan research dengan banyak menonton video dan membaca… semuanya semudah ABC.

    Ayo, hayati betul-betul maklumat di bawah.

    Cosrx Low pH Good Morning Gel Cleanser

    Foto – Cosrx

    Bersihkan kulit anda setiap hari dengan pembersih gel yang lembut dan berkesan ini pada siang dan malam. Ia baik untuk menghilangkan kekotoran sambil menguatkan skin barrier kulit anda. Apabila anda gunakan, kulit akan terasa lembut, bersih tanpa sebarang kerengsaan.

    Cosrx Propolis Synergy Toner

    Foto – Cosrx

    Apa kelebihan toner dengan ekstrak propolis ini? Ekstrak propolis kaya dengan vitamin B untuk menyuburkan cahaya yang sihat dan mengimbangi semula kulit yang kehilangan lembapan. Toner ini menyerap jauh ke dalam kulit dengan meningkatkan keanjalan dan mengurangkan kemerahan. Ia memberikan faedah anti-radang dan antibakteria, serta meningkatkan imuniti kulit dari persekitaran luar.

    Cosrx Snail Mucin Essence

    Foto – Cosrx

    Produk magik dengan pati lendir siput yang luar biasa mampu menyerap ke dalam kulit untuk memberikan cahaya semula jadi, menenangkan kulit yang kemerahan, sensitif akibat jerawat dan menambah kelembapan.

    Cosrx Snail Mucin All in One Cream

    Foto – Cosrx

    Diperkaya dengan 92% rembesan lendir siput, krim ini melakukan semuanya pada kulit anda. Mampu menghidrat secara mendalam untuk menggebukan kulit dari dalam, meningkatkan keanjalan dan menenangkan kulit yang kemerahan dan sensitif akibat jerawat dengan menambah kelembapan penting. Ringkasnya, krim ini untuk kesan anti-penuaan, penjagaan jerawat dan pelembapan yang menenangkan.

    Jadikan empat langkah mudah dan berkesan ini sebagai rutin setiap malam, nescaya anda gembira bangun pada esok hari.

    Kulit yang sihat, bersih dan bercahaya, buat anda lebih yakin.

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts