Buku puisi bertajuk Tulisan yang merupakan hasil karya penyanyi dan pelakon, Daiyan Trisha mendapat kritikan dan kecaman di media sosial.
Kritikan netizen
Menerusi ciapan di platform X, seorang individu meluahkan rasa kecewa berikutan buku tersebut didakwa tiada keaslian dalam penulisan.
Puisi yang ditulis oleh selebriti berusia 31 tahun itu juga didakwa tidak sewajarnya dijual berikutan terdapat penulisan yang terlalu ringkas.
Saya rasa dia patut terus menjadi seorang yang bekerja dengan jenama fesyen dan jual muka je kerana sejujurnya tak ada salahnya.
Apa yang salah adalah pokok-pokok yang terpaksa dikorbankan untuk ‘puisi-puisi’ yang teruk ini.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan individu berkenaan dan mereka berpendapat bahawa buku tersebut tidak berbaloi untuk dibeli.
Buat bazir kertas je dengan penulisan yang tak berbakat ini.
Target audiences dia mesti untuk budak-budak sekolah yang tengah putus cinta.
Berhenti terbitkan buku yang isinya hanya puisi dua ke empat baris. Berhenti jual kesedihan di balik tulisan.
Cari quotes dekat Pinterest bersepah, jimat kertas dan duit.
Benda macam ini lebih baik tweet je daripada buat buku.
Respon penerbit buku
Dalam pada itu, hantaran berkenaan juga telah mendapat perhatian pihak penerbit buku tersebut iaitu Nukilan Biruni.
Pihak penerbitan meminta individu itu memadam ciapan tersebut kerana didakwa telah melanggar Akta Hak Cipta dan tindakan undang-undang akan diambil jika individu tersebut tidak melakukannya.