Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Friday, September 20, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBudak 10 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Selepas Makan Tart Keju

    Budak 10 Tahun Meninggal Dunia Disyaki Selepas Makan Tart Keju

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Seorang kanak-kanak leleaki berusia 10 tahun meninggal dunia disyaki mengalami keracunan makanan selepas makan tart keju yang dibeli bapanya.

    Salam takziah

    Memetik laporan Sinar Harian, mangsa iaitu Mohd Mifzal Anaqi Muhammad Rizal menghembuskan nafas terakhir pada Khamis di Sandakan.

    Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Asits Sana, mangsa mengalami gejala cirit-birit, demam dan hilang selera makan.

    Kes kematian ini melibatkan seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dengan sejarah memakan makanan yang dibeli oleh bapanya iaitu disyaki tart keju pada 23 Julai lalu (Selasa).

    Mangsa yang mengalami sawan pada 24 Julai lalu telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum disahkan meninggal dunia.

    Rawatan kecemasan seterusnya diberikan kerana kanak-kanak itu didapati berada dalam keadaan tidak sedarkan diri serta memerlukan bantuan pernafasan.

    Maklumat awal yang diperoleh, menyatakan bahawa ibu kanak-kanak tersebut juga ada memakan makanan tersebut dan mengalami gejala yang sama serta diberikan rawatan di Wad Perubatan Perempuan Hospital Duchess of Kent (HDOK).

    Bagaimanapun, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk memeriksa sejarah lengkap pergerakan dan pendedahan kes bagi mengetahui punca kematian.

    Sampel makanan dan persekitaran turut diambil bagi tujuan menentusahkan punca kejadian.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,248FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts