Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Budak Tu Lahir Dari Hubungan Pura-Pura, Dia Kena Terima Dia Akan Ada...

    ‘Budak Tu Lahir Dari Hubungan Pura-Pura, Dia Kena Terima Dia Akan Ada 2 Mak & 2 Ayah’ – Suami Isteri Songsang

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, seorang lelaki bergelar suami membuat pendedahan mengejutkan mengenai ‘sisi gelap’ rumah tangganya dengan mengakui bahawa dia dan isteri sebenarnya menyukai kaum sejenis.

    Suami isteri jalin hubungan songsang

    Menerusi luahan yang dikongsikan semula di aplikasi X, lelaki berusia 27 tahun itu mengakui dia dan isteri terpaksa mendirikan rumah tangga selepas didesak oleh keluarga kedua-dua belah pihak.

    Aku tak ada ‘suami’ lain tapi isteri aku ada. Aku mula-mula tahu dia macam tu masa awal kahwin. Tiap kali bila ajak bersama, dia beri banyak alasan. Tapi aku bersyukur sebab tak perlu buat benda tu. Aku pun ajak-ajak ayam je. Tak ada niat nak bersama.

    Pada awalnya mereka tidak berdepan dengan sebarang masalah sehinggalah pada suatu hari, ibu bapa mereka mula bertanya tentang zuriat. Akhirnya, dia dan isteri bersetuju untuk menunaikan permintaan keluarga.

    Budak tu lahir daripada hubungan pura-pura. AKu tak tahu macam mana nak hadap bila dia lahir nanti. Isteri aku pula dah nekad lepas beranak, dia nak aku ceraikan sebab dia kata goal dia untuk beri menantu dan cucu untuk mak ayah dia dah selesai.

    Ujar individu ini lagi, dia akui sudah penat hidup dalam kepura-puraan selama 5 tahun dan disebabkan itu juga, dia bersetuju dengan cadangan isterinya untuk berpisah.

    Budak yang lahir tu nanti kami janji akan jaga sama-sama. Cumanya dia akan ada dua mak dan dua ayah. Aku juga harap yang budak ni nanti tak perlu lalu apa yang mak ayah dia lalui. Aku dengan isteri tak kisah dia nak jadi apa, janji dia tak perlu hidup dalam kepura-puraan.

    Aku sejujurnya selalu doa agar Allah tarik nyawa ibu bapa aku cepat sebab aku dah tak sanggup menipu. Aku rasa aku anak derhaka sebab fikir benda mcam ni tapi aku dah korbankan diri aku untuk kekal taat kepada mereka.

    Dalam kesempatan itu. individu tersebut sempat meminta orang ramai mendoakan agar urusan isterinya untuk melahirkan zuriat mereka dipermudahkan.

    ALSO READ:  Duit Yen Sedang Jatuh? Inilah Masa Untuk melancong ke Jepun! Jimat lebih dengan Kansai Pass!

    Menjengah ke ruangan komen, rata-rata wargamaya menitipkan nasihat dan doa agar pasangan tersebut segera bertaubat dan kembali ke jalan yang benar.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts