Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, October 12, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainmentBuka Peluang Pekerjaan Untuk Kakitangan TikTok Malaysia Yang Diberhentikan, Stesen Radio Kool...

    Buka Peluang Pekerjaan Untuk Kakitangan TikTok Malaysia Yang Diberhentikan, Stesen Radio Kool 101 Raih Pujian Netizen!

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Baru-baru ini, pemilik TikTok, ByteDance mengambil keputusan untuk memberhentikan lebih 500 pekerja di negara ini selepas menghantar notis menerusi e-mel kepada kakitangan terlibat.

    Stesen radio Kool 101 tawar kerja

    Berikutan daripada berita tersebut, stesen radio Kool 101 menerusi sebuah posting di Instagram rasmi mereka telah tampil menghulurkan bantuan.

    Prihatin dengan situasi yang berlaku terhadap kakitangan yang terlibat, Pengarah Kandungan Kool 101 iaitu Rara memaklumkan bahawa mereka membuka peluang pekerjaan kepada kakitangan TikTok Malaysia yang telah diberhentikan.

    Kami mendengar kesusahan anda apabila anda diberhentikan secara tiba-tiba. Sebagai jenama media kreatif, kami ingin menawarkan pekerjaan kerana kami mahukan anda.

    Antara peluang pekerjaan yang ditawarkan adalah seperti berikut, penyampai radio, penyampai berita, penerbit kandungan media sosial, penerbit kandungan dan pemasaran.

    Mereka yang berminat untuk memohon pekerjaan yang ditawarkan itu boleh memberi resume ke [email protected] atau menghantar pesanan mesej (DM) di laman Instagram mereka.

    Terbaik Kool 101!

    Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi pujian buat Kool 101 kerana peka terhadap isu semasa dan prihatin terhadap nasib kakitangan yang telah diberhentikan kerja.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    Follow Us

    20,225FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts