Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Thursday, September 19, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment“Bukan Biasa-Biasa Kaya Dia”- Selebriti Korea Ini Sememangnya Berasal Dari Keluarga ‘Chaebol’

    “Bukan Biasa-Biasa Kaya Dia”- Selebriti Korea Ini Sememangnya Berasal Dari Keluarga ‘Chaebol’

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    K-Drama Selebriti Kaya Korea

    Psst… Ini sememangnya berlaku dalam kehidupan realiti tau bukannya dalam K-Drama.

    Dalam ramai-ramai selebriti Korea Selatan, tak semuanya berasal daripada latar belakang keluarga yang senang. Hanya segelintirnya sahaja yang sememangnya berasal daripada keluarga yang kaya-raya, sama seperti apa yang kita lihat dalam K-Drama. Hidup dalam serba kemewahan, memiliki banyak barangan berjenama dan paling mahal membuatkan selebriti Korea ini sering jadi perhatian serta perbualan peminatnya.

    PSY Sekitar tahun 2012, nama PSY popular menerusi lagu hitnya iaitu “Gangnam Style”. Lagu tersebut dikatakan sebagai ‘pintu utama’ Korean Wave tersebar di seluruh dunia.

    PSY on Instagram

    Selain daripada menjadi seorang penyanyi, PSY merupakan seorang CEO di sebuah syarikat semikonduktor bapanya, dan ibunya pula memiliki beberapa buah restoran mewah sekitar Gangnam. Bagi bidang pendidikannya pula, PSY telah mempelajari bidang muzik di Boston University dan Berklee College.

    Jung Hae In yang popular menerusi drama Snowdrop yang digandingkan bersama BLACKPINK Jisoo merupakan seorang pewaris dan cicit Jeong Yakyong iaitu tokoh terkemuka pada zaman Joseon.

    Moyangnya sangat dihormati kerana karya bertulisnya yang berkait dengan falsafah, sains dan kerajaan. Manakala ibu bapanya pula dikhabarkan memiliki sebuah hospital.

    Park Hyung Sik on Instagram

    Namanya menjadi sangat popular dan masih disebut sehingga kini gara-gara drama “Strong Woman Bong Soon”, Park Hyung Sik merupakan anak daripada keluarga yang sangat kaya raya di Korea. Bapanya seorang ahli lembaga pengarah di syarikat pengusaha kereta mewah iaitu BMW.

    Berasal dari keluarga ‘chaebol’, Datuk Choi Soo Young merupakan seorang CEO di firma seni terkenal Korea yang membina Pusat Seni Seoul. Ayahnya pula seorang pengerusi sebuah syarikat pembinaan. Secara keseluruhan, keluarganya memiliki banyak vila mewah di kawasan Cheongdam-dong, Seoul. Walaupun Choi Soo Young hidup dalam serba kemewahan, dia tetap meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi dan juga pelakon.

    ALSO READ:  Shuk Sahar Didakwa Jaja Cerita Buruk Isteri, Rakan Tampil ‘Backup’ – ‘Burukkan Nama Suami Memang Nombor Satu’


    Related articles

    Follow Us

    20,249FansLike
    1,158FollowersFollow
    1,051FollowersFollow
    1,251FollowersFollow
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts