Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bukan Bini Baru, Dia Adalah Kakak Kandung Saya’ – Andika Putera

    ‘Bukan Bini Baru, Dia Adalah Kakak Kandung Saya’ – Andika Putera

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    andika andika

    Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba personaliti media sosial, Andika Putera didakwa mempunyai isteri baharu.

    Bagi mengelakkan daripada fitnah, Andika tampil membuat penjelasan.

    Rapat dari kecil

    andikaandika

    Menerusi perkongsian di TikTok, Andika mendedahkan bahawa wanita yang sering dilihat bersamanya adalah merupakan kakak kandungnya dan mereka sangat akrab dari kecil.

    Disclaimer! Bukan bini baru. Dia adalah kakak kandung saya. Kenapa cakap mcm ni, sebab waktu saya berjalan dengan kakak, dia tolong bawak stroller Alisha, terdengar orang sekeliling mengata ‘eh bini baru ke’, ‘cepatnya dia dah kahwin’, ‘perempuan lain dah?’.

    So untuk elakkan fitnah, baik saya post dan terangkan. Ni kakak kandung dari kecil dan memang kami rapat. Apa masalah semua selalu kongsi sekali.

    Memang dari kecil suka selfie kami dua ni. Masha-Allah muka beza betul. Sama sama dah tua. Aduh cepat betul masa berlalu. Untuk info, dia dah berkahwin ya.

    Pemilik nama penuh Muhamad Andika Putera Salleh ini berkata dia dan kakaknya itu kini bersama-sama menjayakan perniagaan milik mereka.

    Sekarang sama-sama buat bisnes. Dia fokus pada ads, saya fokus pada founder dan team growth.

    Selalu sembang pasal bisnes sebab otak kami memang dari kecik otak bisnes.

    Dalam pada itu, Andika menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT selepas terdapat dakwaan dia dan isteri Ananda Natasha telah bercerai.

    Untuk orang yang bertanya, cakap tepi-tepi, saya pun tak ada calon lagi, celah mana? Saya sentiasa mendoakan yang terbaik dan tidak genggam keputusan.

    Kalau bersama semula itu yang terbaik ada jodoh kembali, maka jodohlah. Kalau Allah susun dengan cara lain, itu yang terbaik, maka itu lah.

    Semuanya kita serah pada Allah, tawakal dan sentiasa mendoakan ‘berikanlah jalan hidup yang terbaik demi khidmat atas agamaMu dan RasulMu’.

    Sebelum ini, rata-rata warganet mendakwa pasangan itu telah berpisah selepas mereka jarang dilihat bersama.

    ALSO READ:  Kodi Rasheed Tak Suka Tayang Isteri Di Media Sosial – ‘Dia Tak Kisah Sebab Tak Biasa Dengan Industri Seni’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts