Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Saturday, November 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bukan Dah Operate, Kenapa Pakai Spek?’ – Aisyah Hijanah Jawab Persoalan Netizen...

    ‘Bukan Dah Operate, Kenapa Pakai Spek?’ – Aisyah Hijanah Jawab Persoalan Netizen Isu Tanam ‘Contact Lens’ Dalam Mata

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Personaliti media sosial Aisyah Hijanah tampil menjawab pertanyaan netizen berhubung isu tanam kanta lekap di dalam mata.

    Tanam contact lens

    Menurut Aisyah, sejak kebelakangan ini ramai yang bertanya kepadanya mengenai prosedur IPCL (tanam kanta lekap) yang dilakukan olehnya sejak dua tahun yang lalu. Ujar Aisyah, prosedur tersebut tersebut memerlukan beberapa temujanji dengan pakar dan tidak sama seperti pembedahan lasik mata.

    Selalu bila Aisyah buat live, mesti soalan ni paling ramai orang tanya. Last 1-2 years, Aisyah ada buat IPCL, maksudnya tanam contact lens dalam mata Aisyah. In case Aisyah nak buang contact lens tu in future pun boleh, Just operate dan keluarkan balik.

    Mata Aisyah tak sesuai untuk buat lasik, oleh sebab itu, doktor cadang buat IPCL. Tempoh nak tunggu buat IPCL tu around few appointments juga. Kalau lasik boleh buat on the spot.

    Berbicara lebih lanjut, Aisyah berkata, silau matanya boleh naik meskipun sudah menanam kanta lekap tersebut.

    Jadi cermin mata yang Aisyah pakai ni tak ada power pun, cuma dia protection setiap kali main gadget. Anti blue rays kalau tak silap Aisyah nama dia. So setiap kali buat live atau apa jua yang berkaitan dengan gadget, Aisyah akan pakai untuk elak silau menaik.

    Kalau buka spek pun, Aisyah boleh nampak clear, cuma nak jaga mata lebih baik dan tak nak silau naik. Dah buat IPCL kan, so kena jaga mata betul-betul.

    Di samping itu, Aisyah turut mendedahkan kos yang dibelanjakan untuk prosedur tersebut. Jelas Aisyah dia menghabiskan RM20 ribu pada masa itu.

    Kos IPCL around RM20k, kalau lasik dalam bawah RM5k kalau tak silap Aisyah. Tapi ikut tempat yang kita buat juga. Rasanya kalau dekat Mesir lagi murah. Anything nak tanya pasal IPCL, boleh komen! Aisyah cuba jawab satu per satu.

    ALSO READ:  [VIDEO] Haneesya Hanee Nafi Bersama Aliff Aziz Dalam Bas, Tegur Netizen Suruh Fikir Sebelum Tuduh – ‘Jangan Petik Nama Aku, Mak Marah’

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts