Semalam, pelakon dan penerbit, Datuk Rosyam Nor meluahkan rasa berang susulan tindakan beberapa individu yang didakwa menyebarkan kenyataan palsu berkaitan dirinya.
Berikutan daripada itu, Rosyam berkata, dia mahu membuat laporan polis dan mengambil tindakan selanjutnya.
Bukan Facebook saya
Di Instagram, pelakon Bell Ngasri tampil memberitahu bahawa individu di sebalik akaun Facebook Bell Ngasri bukan dirinya.
Bukan Facebook saya tu. Entah binatang spesies mana pakai nama saya. Sumpah tak tipu. Saya tak masuk campur hal orang lain. Jangan saman saya.
Di samping itu, Bell turut memuat naik gambar bersama Fattah sebagai bukti hubungan mereka baik.
Menjengah di ruangan komen, Rosyam tahu Bell bukan individu di sebalik akaun tersebut.
Pakai nama saya
Terdahulu, Rosyam atau nama lengkapnya Mohamed Noor bin Shamsuddin berkongsi beberapa paparan skrin kenyataan yang kononnya dia telah memberi nasihat ‘pedas’ kepada Fattah Amin berhubung perceraiannya dengan pelakon, Nur Fazura.