Impian adalah seperti bintang yang menghiasi langit pemikiran kita dengan harapan. Apakah perasaan korang jika impian korang menjadi realiti?
Maka, korang perlu memulakan langkah pertama dan tekad untuk menempuh perjalanan penuh liku agar impian korang bukanlah kosong.
Mesti puas jika dapat menjadikan impian satu kenyataan kerana korang berusaha keras mengejar apa yang korang hajatkan.
Oleh itu, BMW Malaysia mahu menjadi teman korang menempuh perjalanan untuk merealisasikan impian dengan merasai pengalaman menyeronokkan bersama BMW iX2.
Jadikan impian satu realiti
Tahukah korang bahawa BMW Malaysia menganjurkan sebuah pertandingan BMW iX2 #MakeItReal di mana korang boleh menang kereta BMW iX2.
Membawa pertandingan #MakeItReal, ia adalah untuk mewujudkan impian korang menjadi realiti. Wow!
Bayangkan korang menyusuri jalan-jalan di bandar dengan BMW iX2, tenggelam dalam estetika yang hebat dan siluet coupé yang anggun. Memang gempak.
Sedikit makluman, BMW iX2 ini adalah kereta eletrik sepenuhnya di mana ditawarkan dengan varian tunggal xDrive30 M Sport.
Sebelum kami beritahu korang bagaimana cara untuk sertai pertandingan ini, korang tengok dahulu hadiah yang ditawarkan!
Hadiah utama: BMW iX2 xDrive30 M Sport
Hadiah kedua (3 pemenang): Pandu uji BMW iX2 xDrive30 M Sport pada hujung minggu yang panjang
Hadiah saguhati (10 pemenang): Barangan gaya hidup BMW
Terma dan syarat pertandingan. Pastikan korang layak untuk sertai!
Pertandingan ini terbuka kepada:
- Warganegara Malaysia
- Berumur 18 tahun ke atas seperti dalam kad pengenalan
- Menetap di Malaysia dan memiliki lesen memandu yang sah
Ini cara untuk korang join pertandingan ini. Jom kita mulakan!
Langkah 1: Muat naik reels berdurasi 30 saat di Facebook atau Instagram dengan menyatakan mengapa korang patut menang BMW iX2.
Langkah 2: Cari dan tambahkan stiker ‘BMW MakeItReal’ di dalam video.
Langkah 3: Sertakan hashtag #MAKEITREAL dan tag @bmwmalaysia bersama 3 rakan korang.
*Tertakluk pada terma dan syarat
Akan tetapi, korang hanya boleh menghantar sebuah video untuk penyertaan dan jika korang menghantar lebih, hanya video pertama yang akan diambil kira.