Suara Malaysia
ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
Monday, December 23, 2024
More
    ADVERTISEMENTFly London from Kuala LumpurFly London from Kuala Lumpur
    HomeEntertainment‘Bukan Mudah Nyanyi Genre Balada’– Rashidi Ishak Yakin Fazura Boleh Belajar, Cadang...

    ‘Bukan Mudah Nyanyi Genre Balada’– Rashidi Ishak Yakin Fazura Boleh Belajar, Cadang Pengurus Cari Guru Vokal

    -

    Fly AirAsia from Kuala Lumpur


    Nyanyian Nur Fazura baru-baru ini meraih perhatian warganet serta rakan-rakan selebriti antaranya, pelakon Rashidi Ishak yang dilihat turut memberikan pandangan pada nyanyian pelakon tersebut.

    Tone deaf

    Menerusi klip-klip yang tular mengenai nyanyian bekas isteri Fattah Amin itu telah menimbulkan kepelbagaian pendapat.

    Tidak terkecuali, Rashidi, 51, yang mencadangkan pengurus Fazura untuk mencarikan guru vokal buatnya.

    Saya telah melihat nyanyian Fazura baru-baru ini di rancangan Jakarta. Pengurusnya perlu memberitahu Fazura untuk mendapatkan guru vokal.

    Fazura tone deaf. Bukan mudah untuk membawakan genre balada. Apatah lagi lenggok Melayu.

    “Saya yakin Fazura boleh”

    Rashidi turut menyuarakan pendapat bahawa nyanyian boleh dipelajari dan memerlukan masa untuk bernyanyi dengan baik.

    Tanya mana-mana penyanyi. Jaclyn Victor berlatih menyanyi lapan jam sehari.

    Saya yakin Fazura boleh. Dia mahu atau tidak sahaja, terpulang kepadanya.

    Sekadar info, Fazura membuat kemunculan pertamanya di Jakarta bagi mempromosikan single yang berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’ selepas bercerai dengan aktor Fattah Amin pada 7 Oktober lalu.

    The following two tabs change content below.

    Suara
    Suarahttps://www.suara.my
    Tech enthusiast turning dreams into reality, one byte at a time 🚀

    Related articles

    ADVERTISEMENTFly London from Kuala Lumpur

    Subscribe to Newsletter

    To be updated with all the latest news, offers and special announcements.

    Latest posts